berita

Mudah & Berkhasiat – SmartHeart Cat Pouch Kaya Dengan Nutrisi Untuk Kesihatan Si Comel Tersayang!

December 15th, 2020 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Pecinta kucing mesti selalu merasakan perkara ini, di mana kucing bukan hanya sekadar haiwan peliharaan tapi adalah sebahagian daripada ahli keluarga sendiri.

Bila Si Comel sakit, mulalah kita risau dan tak senang duduk dibuatnya kan? Jadi, kami sarankan korang mula mengambil berat tentang aspek pemakanan kucing supaya mereka kekal aktif dan sihat.

Dengan SmartHeart Cat Pouch, korang tak perlu risau lagi bab pemakanan Si Comel korang!

Diperbuat daripada isi ayam & ikan sebenar dengan 8 pilihan variasi!

Istimewanya SmartHeart Cat Pouch, ia hadir dalam dua variasi berbeza berasaskan isi ikan dan ayam sebenar! Ini menjadikannya sebagai pilihan paling ideal untuk Si Comel korang. Bukan saja enak malah lengkap dengan nutrien baik untuk kesihatan mereka.

Dengan kenikmatan isi ikan dan ayam sebenar, mesti kucing korang akan berselera menikmati setiap hidangan mereka. Silap-silap tak cukup satu paket! Memandangkan SmartHeart Cat Pouch ada pelbagai jenis pilihan, bolehlah korang bertukar-tukar variasi mengikut kesesuaian selera Si Comel.

4 pilihan SmartHeart Cat Pouch berasaskan isi ikan sebenar:

Sardine with Red Snapper in Jelly

Tuna with Chicken in Jelly

Sardine with Chicken and Rice

Tuna in Jelly (Kitten)

4 pilihan SmartHeart Cat Pouch berasaskan isi ayam sebenar:

Chicken with Rice and Cheese

Chicken with Rice and Kanikama

Chicken with Rice and Tuna

Chicken with rice and Carrot

Bungkusan mudah dibuka & sarat dengan nutrisi baik

Penyediaan hidangan SmartHeart Cat Pouch sangat senang dan pantas kerana ia direka dalam bentuk pouch yang mudah dibuka. Korang hanya perlu koyakkan bahagian atas bungkusan kemudian boleh terus dihidangkan kepada Si Comel.

SmartHeart Cat Pouch juga mudah disimpan dalam beg, memudahkan pecinta kucing untuk memberikannya kepada kucing jalanan.

Tapi, apa yang paling penting mestilah zat dan nutrisi yang mencukupi bagi memastikan Si Comel sentiasa gembira dan sihat. Berikut kami kongsikan komposisi nutrisi dalam SmartHeart Cat Pouch.

KOMPOSISI NUTRISI DALAM SMARTHEART CAT POUCH

Crude Protein min. 6.5% ~ 10.0%
Crude Fat min. 1.0% ~ 3.0%
Crude Fiber max. 1.0%
Moisture max. 85.0%

Komposisi nutrisi dalam SmartHeart Cat Pouch baik untuk tumbesaran dan pembinaan otot Si Comel . Ia juga dilengkapi dengan lemak sihat untuk kesihatan kulit dan bulu  Si Comel agar sentiasa bersinar. Barulah sihat luar dan dalam, Si Comel pun pasti bertambah gembira!

Walaubagaimanapun, SmartHeart Cat Pouch bukanlah makanan lengkap untuk memastikan Si Comel mendapat
nutrisi harian yang diperlukan. Oleh itu, ianya disarankan untuk diambil bersama dengan makanan kering SmartHeart dengan kuantiti yang disyorkan berdasarkan berat serta usia Si Comel .

SmartHeart Cat Pouch boleh didapati di mana-mana pasar raya, 7-eleven, kedai haiwan peliharaan dan Pet Chain Store (Petswonderland/Pets Lover Centre). Untuk memudahkan urusan, korang boleh juga membuat pembelian secara atas talian melalui SmartHeart Flagship Store Lazada,  SmartHeart Online Shop atau SmartHeart Official store di shopee

Perlukan maklumat lanjut mengenai produk SmartHeart? Layari laman web rasmi mereka di sini ataupun lama Facebook SmartHeart Cat Malaysia di sini.

SKIP THIS AD ×