Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam menitipkan doa dan nasihat buat menantunya, pelakon Puteri Sarah agar bertemu jodoh yang terbaik pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Tak Pernah Diminta Cipta Kontroversi Sepanjang Bergelar Anak Seni – ‘Alhamdulillah, Setakat Ini Tiada Masalah’

Titip doa

Menerusi satu hantaran video di Instagram, Yusof menasihati Sarah agar tidak mensia-siakan masa dan terus melangkah ke hadapan.

Mudah-mudahan kamu bertemu jodoh. Jangan biarkan masa ini berlalu begitu sahaja kerana hidup ini sangat singkat.

Kita berkahwin untuk dapatkan anak, besarkan anak, tahu-tahu usia pun meningkat. Papa sekarang sudah 72 tahun dan awak pun sudah menghampiri 40 tahun.

Dalam perkongsian sama, Yusof turut menitipkan pesanan berkaitan kehidupan rumah tangga agar Sarah kelak memilih pasangan yang benar-benar mampu membahagiakannya.

Apa pun, teruskan perjuangan hidup. Jumpa jodoh yang sesuai, yang awak rasa boleh buat awak bahagia. Kehidupan selepas berkahwin itu kita serahkan kepada takdir.

Dalam rumah tangga kena banyak bertolak ansur. Suami pula perlu bersikap profesional, tidak boleh terlalu ego. Perkahwinan perlukan ‘give and take’.

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini, lebih-lebih lagi dalam rumah tangga.

Untuk rekod, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 sebelum disahkan berpisah pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 8, dan Summayah, 6.

Sumber: Instagram