berita

Mufti Perlis Saran Adakan Dialog Zakir Naik & Kulasegaran, Yang Kalah Kena ‘Pergi’

August 18th, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, penceramah bebas Dr Zakir Naik didesak oleh beberapa orang menteri untuk dihantar pulang ke India ekoran kenyataan kontroversi yang telah dibuatnya melalui sebuah pidato di Stadium Sultan Muhammad VI, Kota Bharu, Kelantan.

Bagaimanapun, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut bersetuju gesaan menghantar pulang penceramah itu ke negara asalnya tetapi hendak dilakukan dengan bersyarat.

Saya percaya ramai pendakwah bukan warganegara

Menurut kenyataan dari Mufti Perlis itu, alasan yang diberikan segelintir pihak untuk menghalau Dr Zakir Naik perlu kukuh.

Kalau nak halau dia hanya kerana dia bukan warganegara, saya percaya ramai lagi pendakwah atau guru agama lain yang tinggal di pusat agama mereka dalam negara ini adalah terdiri daripada bukan warganegara, KDN (Kementerian Dalam Negeri) lebih tahu itu.

Saya percaya kerajaan baharu menggalakkan rakyatnya berdialog kononnya inilah negara yang rakyatnya adalah berpemikiran matang.

Jika Zakir kalah…

Tambah kenyataannya lagi, dia turut mencadangkan untuk diadakan satu perdebatan dialog bersama individu yang tidak berpuas hati termasuk Menteri Sumber Manusia.

Kenapa tidak dianjurkan satu dialog antara Zakir dengan mereka yang tidak berpuas hati dengan seperti dialog antara beliau bersama M Kulasegaran, Menteri Sumber Manusia.

Jika Zakir kalah, I’m will be the first to tell Zakir Naik to get out from this country. Begitu juga dengan Kulasegaran jika dia kalah, dia perlu pertimbangkan ke mana dia mahu pergi selepas itu.

Sehingga kini lebih 100 laporan polis dibuat berkaitan Dr Zakir Naik dan pihak polis sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×