berita

‘Agama Bukan Periuk Nasi’ – Mujahid Nafi Sekat Penceramah Berdakwah

December 14th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini, tular senarai nama 10 penceramah antaranya Datuk Mohd Kazim Elias, Ustaz Azhar Idrus dan beberapa orang pencetus ummah yang dikatakan tidak dibenarkan untuk ke udara di televisyen mahupun radio bermula Januari 2019.

Artikel berkaitan: Tersenarai 10 Penceramah Bakal ‘Digam’ Tahun Depan, Ini Respon Ustaz Kazim Elias & PU Syed

Terbaru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf menafikan perkara itu sambil berkata tidak timbul isu mengganggu periuk nasi dalam menyampaikan ilmu.

Menjaja agama

Menerusi laporan Sinar Harian, beliau berkata, dakwaan itu jelas menunjukkan mereka ‘menjaja agama’ dalam menyampaikan ilmu dan ia bertentangan dengan perjuangan sebenar seorang pendakwah agama.

Bila ada ustaz cakap menutup periuk nasi mereka itu bermaksud mereka ‘menjaja agama’ untuk cari makan dan itu tidak betul kerana dalam penyampaian ilmu, tidak timbul isu ganggu periuk nasi orang.

Agama bukan periuk nasi, tapi agama kena sampai ilmu,” katanya yang turut mengulas lanjut isu tular satu senarai penceramah yang tidak dibenarkan muncul di televisyen atau radio bermula Januari 2019.

Tidak pernah menyekat

Tambah beliau, pejabatnya hanya memberi nasihat kepada golongan berkenaan agar mengikut tiga teras utama yang diperjuangkan. Pihaknya juga tidak pernah mengeluarkan arahan atau menyekat mana-mana penceramah untuk berdakwah.

Selama ini kita nasihatkan agar penceramah, pengkuliah yang nak muncul di televisyen atau dalam program kita mestilah fahami tiga teras kita perjuangkan iaitu Rahmatan Lil Alamin, Maqasid Syariah dan Modul Malaysia.

Maknanya dalam apa juga yang mereka sampaikan selagi tidak bercanggah dengan tiga perkara ini maka kita alu-alukan, kita bukan nak sekat orang hanya kerana kita tak suka dia, tapi lebih kepada melihat content.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×