Sebelum ini, timbul dakwaan yang mengatakan penyanyi Aizat Amdan sudah berkahwin secara senyap-senyap dan mempunyai cahaya mata selepas seorang wanita memuat naik foto bayi lelaki yang mirip dengan penyanyi berusia 33 tahun itu.
Nafi dah berkahwin & ada anak
Pemilik nama sebenar Muhammad Aizat Amdan bagaimanapun tampil untuk menjelaskan bahawa bayi tersebut sebenarnya adalah anak kepada kakaknya.
Astaghfirullah, nauzubillah min zalik. Allahuakbar bukan anak saya. Yang korang tengok dalam Instagram, memang muka budak tu macam muka saya sebab dia anak kakak saya.
Apabila ditanya mengenai status hubungannya bersama seorang wanita bernama Elyssa Alia yang memuat naik foto kanak-kanak berkenaan, Aizat mendedahkan bahawa individu tersebut adalah teman wanitanya.
Dah merisik teman wanita
Lebih mengejutkan lagi apabila pelantun lagu Sampai Ke Hari Tua itu mendedahkan bahawa keluarganya sudah merisik Elyssa pada 12 Februari lalu.
InsyaAllah, ada dalam perancangan untuk berkahwin. Dia merupakan orang yang istimewa dalam hidup saya tapi sekarang ini, dia teman wanita sayalah senang cerita. Untuk benda-benda lain selepas ini, saya akan kongsikan kemudian.
Dalam pada itu, Aizat mengatakan bahawa mereka sudah berkenalan sejak dua tahun yang lalu dan kini teman wanitanya itu menguruskan kerjaya seninya termasuklah menjadi pengurus syarikat miliknya, Kasi Gegar Entertainment. Ujarnya lagi, apa yang membuatkan dirinya jatuh hati dengan Elyssa adalah kerana dia seorang yang penyayang dan sangat sukakan kanak-kanak.
Kalau tiada aral melintang kami akan berkahwin pada tahun ini. Sekarang tak boleh confirm apa-apa sebab dengan puasanya lagi. Jadi apa-apa saya akan kongsi dengan semua nanti, insyaAllah.
Sumber : Kosmo