berita

Suka Bercuti? Ini Tips Penjagaan Wajah Untuk Korang Yang Selalu Travel. Boleh Try!

April 3rd, 2019 | by Epul
Kecantikan

Weyh.. Kenapa dengan muka aku ni asal balik holiday je mesti breakout. Bencinya!!

Korang pernah tak mengalami masalah macam ni? Dah happy-happy pergi holiday tapi bila balik kena risau tentang kulit wajah pula. Min selalu macam ni lebih-lebih lagi kalau pergi ke negara yang beriklim monsun.

Kalau cuaca terik balik mesti sunburn, kalau cuaca sejuk pula balik kulit wajah jadi kering. Stress kan? Tapi korang tau tak, semua ni sebenarnya ada penyelesaian kalau korang amalkan rutin yang betul. Memangla pergi negara orang nak berjalan tapi rutin penjagaan wajah jangan lupa pula!

Panasnya mesti sunburn balik nanti!

Selalunya kalau pergi melancong korang mesti buat banyak aktiviti outdoor, nak food hunting, ambil gambar OOTD atau nak jalan-jalan cuci mata. Tak bestla kalau pergi bercuti tapi duduk dalam bilik je.

Tapi yang lagi tak seronok bila pergi bercuti masa musim panas ni, tak kirala dalam negara atau luar negara kalau balik muka mesti jadi dua tona lagi gelap dan lebih kering.

Sebenarnya bukan korang tak boleh nak enjoy masa bercuti, tapi penjagaan wajah jangan lupa pula. Penting tau untuk mengelakkan kulit korang daripada sunburn atau kering. Bukan susah pon nak jaga kulit wajah masa bercuti, ni je benda yang korang kena buat.

  1. Gunakan pelembap– memang korang nampak macam leceh nak apply pelembap ni, tapi percayalah pelembap dapat membantu kulit korang daripada terhidrasi semasa musim panas. Waktu yang sesuai untuk apply pelembap ni ialah malam sebelum korang tidur dan sebelum memulakan rutin kecantikan korang.
  2. Cuci dan exfoliate wajah– Mencuci muka amatlah penting lepas seharian korang keluar berjalan, sekurang-kurangnya 2 kali sekali untuk mengelakkan habuk dan kotoran melekat di wajah dan timbulkan masalah seperti jerawat. Haa.. Jangan lupa juga exfoliate atau scrub muka korang sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu untuk buang sisa kulit mati. Barulah muka tak kering.
  3. Jangan lupa pakai sunscreen- Sebelum korang keluar jangan sesekali korang lupa apply sunscreen. Sunscreen ni adalah untuk melindungi kulit korang daripada sinaran UV berbahaya yang boleh mempercepatkan penuaan. Pilih juga sunscreen yang mempunyai perlindungan UV yang tinggi, ini penting untuk mengelakkan freckles dan jeragat pada wajah.
  4. Elakkan guna make-up yang tebal- Korang tau tak make-up tebal menyebabkan kulit korang tak boleh bernafas. Haa.. Tengah musim panas tu elakkan make-up tebal dan paling penting jangan lupa cuci make-up korang sebelum tidur.

Sejuk sangat ni, mesti kulit kering dan mengelupas nanti!

Siapa yang tak suka pergi negara sejuk? Boleh main salji, buat snowball dan paling penting sebab kat Malaysia takde salji. Tu yang kalau pergi negara sejuk ni jadi teruja sikit.

Tapi dalam korang happy bergaya dengan baju sejuk berlatarbelakangkan salji putih jangan lupa kulit wajah korang pon kena jaga juga ya.

  1. Elakkan mandi air panas atau bersauna terlalu lama– Air panas boleh menyebabkan kulit korang hilang kelembapan. Pastikan korang tak terlalu lama menggunakan air panas dan mandilah menggunakan suhu air yang normal.
  2. Gunakan pelembap yang disyorkan ahli dermatologi/diyakini- Masa cuaca sejuk ni, kulit korang akan menjadi lebih sensitif dan kering daripada biasa. Untuk elakkan semua ni, pastikan korang guna pelembap yang mempunyai kadar penghidratan yang tinggi dan tahan lebih lama. Barulah kulit wajah korang kekal lembap dan lembut je.
  3. Gunakan humidifier di tempat penginapan: Cuaca sejuk akan menyebabkan korang menggunakan pemanas untuk mendinginkan badan. Korang tau tak pemanas udara sebenarnya mengurangkan kelembapan? Haa.. Kalau tak nak kulit muka korang terhidrasi atau hilang kelembapan pastikan bilik penginapan korang mempunyai humidifier yang membantu kulit korang supaya tak kering.
  4. Gunakan produk penjagaan wajah yang sesuaiBefore nak bercuti check dulu label produk penjagaan kulit korang, elakkan produk yang berikan kesan kasar kepada kulit atau yang mengandungi sabun dan pewangi kerana bahan-bahan ni lebih mengeringkan kulit wajah.

Tak kira la jenis iklim negara yang korang pergi, pastikan korang lakukan rutin penjagaan wajah yang sempurna. Takdelah balik holiday korang moody sebab muka break out. Paling penting sekali, jangan lupa cuci muka korang setiap hari untuk membersihkan kotoran yang melekat pada wajah.

Gunalah Cetaphil Gentle Skin Cleanser, pilihan tepat tak kira cuaca. Terbaiklah!

Siapa kata susah nak jaga kulit wajah? Dengan Cetaphil korang dah tak perlu risau semua tu! Cetaphil memang terkenal sebagai produk pencuci dan penjagaan kulit yang bukan je membersih malah melembutkan, bebas dari wangian, sabun dan lanolin. 

Cetaphil Gentle Skin Cleanser takkan memedihkan mata dan membantu untuk kekalkan kelembapan kulit. Formulasinya jugak berkesan untuk semua jenis kulit, termasuklah bayi dan mereka yang berkulit sensitif kerana mempunyai pH yang seimbang.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni jugak sesuai untuk cuci solekan ringan dan bersifat tak comedogenic. Jadi, ia taklah menyumbat liang-liang roma yang menjadi punca jerawat pada kulit wajah.

Guna Cetaphil untuk kulit wajah yang cantik
Yang bestnya pasal produk ni, ia sesuai untuk semua jenis kulit sangat recommended oleh pakar dermatologi. Satu kajian yang dilakukan oleh Home Tester Club (HTC), 99% wanita yang menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser bersetuju produk ni membersih dan melembapkan kulit dengan lembut tanpa mengikis pelindung semula jadi kulit.

Nak tau lebih lanjut tentang kebaikan Cetaphil, korang boleh kat sini. Lagi syok, Cetaphil ada dalam pelbagai saiz ye! Senang kalau korang nak bawak pergi travel atau untuk kegunaan di rumah. Jom guna Cetaphil!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×