

Jijik! Pengotor! Itu perasaan yang keluar dari kita apabila melihat keadaan rumah bersepah dan kotor. Seorang gadis Nor Azirah Rara meluahkan perasaannya itu di laman Twitter, terkejut melihat keadaan rumah sewa yang sudah lama ditinggalkan sejak PKP dilaksanakan.
Hanya seorang penyewa sahaja yang tinggal di rumah tersebut disebabkan dia bekerja. Kemudian, dia berpindah secara tiba-tiba sebelum penyewa lain pulang semula ke rumah berkenaan.
Penyewa dari neraka

Pelajar yang menyewa rumah tersebut pulang ke kampung halaman sepanjang tempoh PKP. Rumah berkenaan hanya dihuni oleh seorang housemate mereka saja sepanjang tempoh itu disebabkan dia bekerja. Sebelum pelajar ini pulang ke rumah sewa, housemate tersebut telah pun berpindah dan meninggalkan rumah berkenaan dalam keadaan sebegini.
Muka cantik, sekali pengotor


Gadis ini mendapati terdapat banyak pinggan dan mangkuk yang sudah digunakan tapi tidak dibasuh. Bawah bahagian dapur juga terdapat banyak tahi tikus.
Bilik ditinggalkan dengan penuh sampah



Tahi tikus berpesta satu dapur



Tuan rumah yang berusia 70an juga menegur keadaan rumah tersebut yang kelihatan sangat kotor sehingga peti sejuk pun rosak. Difahamkan rumah tersebut disewa dengan harga RM450 sebulan.
Penat nak mengemas semua

Sumber: Norazirahrara







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
