berita

Mukbang Makan Kepala Lembu Tanpa Buang Kulit, Bikin Netizen Loya

December 18th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Mukbang biasanya terkenal dengan seseorang individu yang makan makanan yang lazat dan enak di depan kamera. Penonton yang sering menonton mukbang untuk menaikkan selera dan akan menjadi tertarik untuk mencuba makanan tersebut.

Di Indonesia, seorang lelaki mencipta kelainan apabila merakam dirinya makan kepala lembu dalam keadaan yang cukup menyelerakan.Video ‘mukbang’ itu bagaimanapun menerima pelbagai respon daripada orang ramai yang beranggapan ianya terlalu keterlaluan. Kulit pun tak buang!

Sos dan sayur-sayuran sebagai ‘pelengkap’ hidangan

Foto: Detik

Menurut laporan yang dipetik dari Suara Sumsel, video yang berdurasi hampir 2 minit itu dimuat naik oleh sebuah akaun instagram. Ruangan komen di perkongsian itu dibanjiri dengan netizen yang berasa loya apabila melihat lelaki itu makan kepala lembu yang masih mempunyai mata, gigi dan tanduk.

Di dalam video itu juga dapat dilihat lelaki itu menggigit hidung lembu berkali-kali sambil menikmatinya. Lelaki berkenaan menggunakan sos dan timun sebagai ‘pelengkap’ hidangan. Menurutnya, dia tidak berasa jijik malah beberapa kali menunjukkan hidung lembu yang dimakannya ke arah kamera. 

Video tersebut juga mendapat sambutan netizen yang berbeza pendapat. Namun, ramai di antara netizen hilang selera setelah menonton video berkenaan.

Sumber: Suara Sumsel.

SKIP THIS AD ×