Pada Jumaat lalu, pelakon Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad dan suami, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen, terhadap tuduhan rasuah RM2.8 juta.
Artikel Berkaitan: Zizie Izette Beraya Bersama Madu, Netizen Puji Rapat Macam Adik Beradik – ‘Kaum Adam Yang Teringin Janganlah Cemburu’
Artikel Berkaitan: ‘Keputusan Mahkamah Betul & Perlu Dihormati’ – Anak Rosmah
Mummy dah menang?
Sekembali dari mahkamah, Zizie, 43, diajukan soalan oleh anak angkatnya, Nayla Nurjenna, 6, sama ada dia dan Bung Moktar menang dalam kes itu.
Jawab kakak kepada aktor Shaheizy Sam, kemenangan tidak berpihak kepada mereka namun itu bukan pengakhiran.
Malangnya tidak. Awak mungkin tidak faham sekarang. Tapi saya nak awak tahu yang mummy dan daddy sedang berlawan (fighting). Ia belum penghujung.
Selain itu, anak lelaki turut bertanya sama ada dia akan kembali ke rumah sambil menangis.
Adakah mummy akan pulang ke sini (rumah)?
Balas anak kepada pelakon veteran, Khaty Fauziah, “Insya-Allah saya akan kembali. Kami sedang berlawan (fighting). Jangan bersedih.”
Anak-anak jadi kekuatan
Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Zizie Izette Abdul Samad menyatakan anak-anak yang menjadi penyebab untuk dirinya kekal kuat.
Terdahulu, Zizie mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette. Pasangan ini juga mempunyai dua orang anak angkat, Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.
Sumber: Instagram @zizieizette