berita

“Mummy Jangan Pergi Tau….”

April 8th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Rasanya nama Rita Rudaini bukanlah sesuatu yang asing dalam industri seni tanah air. Kisah hidupnya yang merupakan ibu tunggal kepada dua anak lelaki banyak memberi inspirasi kepada wanita diluar sana untuk tidak berputus asa dengan kehidupan.

Baru-baru ini, Rita Rudaini Berjaya membuat netizen sebak melalui sebuah video yang dimuatnaik melalui akaun instagramnya semasa berada di lapangan terbang bersama dua orang anaknya.

‘Mummy jangan pergi, nak ikut..’

https://www.instagram.com/p/BhRbWe_Diqz/?taken-by=ritrud727

Rita dalam caption bersama video tersebut menyatakan bahawa ikatan mereka sebagai anak dan ibu sangat kuat dan anaknya itu juga turut menangis teresak-esak sepanjang berada di dalam kereta. Difahamkan bahawa Rita akan ke Jepun atas urusan pekerjaan dan terpaksa meninggalkan sebentar kedua orang anak lelakinya.

‘Saya pun boleh bayang betapa dia perlukan mummy dia..’

Rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih mereka selepas menonton rakaman video berkenaan. Ada juga yang faham akan keadaan tersebut dan mendoakan supaya keluarga ini sentiasa berada dibawah lindungan Allah selalu.

‘Kuat semangat demi anak-anak..’

Netizen juga turut menyifatkan Rita sebagai seorang ibu yang kuat dan mampu berkorban untuk anak-anaknya. Selain itu, netizen juga turut memuji dan mendoakan supaya diberikan kekuatan untuk anak-anak tersebut.

Credit: Rita Rudaini

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×