
Rasanya nama Rita Rudaini bukanlah sesuatu yang asing dalam industri seni tanah air. Kisah hidupnya yang merupakan ibu tunggal kepada dua anak lelaki banyak memberi inspirasi kepada wanita diluar sana untuk tidak berputus asa dengan kehidupan.
Baru-baru ini, Rita Rudaini Berjaya membuat netizen sebak melalui sebuah video yang dimuatnaik melalui akaun instagramnya semasa berada di lapangan terbang bersama dua orang anaknya.
‘Mummy jangan pergi, nak ikut..’
Rita dalam caption bersama video tersebut menyatakan bahawa ikatan mereka sebagai anak dan ibu sangat kuat dan anaknya itu juga turut menangis teresak-esak sepanjang berada di dalam kereta. Difahamkan bahawa Rita akan ke Jepun atas urusan pekerjaan dan terpaksa meninggalkan sebentar kedua orang anak lelakinya.
‘Saya pun boleh bayang betapa dia perlukan mummy dia..’
‘Kuat semangat demi anak-anak..’
Credit: Rita Rudaini