berita

Muncul Di Program Hiburan ‘Simply K-Pop Con-Tour’ Semalam, Nama Aina Abdul Trending Di Twitter

June 15th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penampilan penyanyi Aina Abdul di sebuah program hiburan popular Korea Selatan semalam, membuatkan namanya trending di Twitter. Ramai peminat tempatan meluahkan rasa gembira sebaik sahaja melihat Aina di program muzikal ‘Simply K-Pop Con-Tour’ itu.

Thank you semua

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Program yang dihoskan oleh Jacob dan Kevin daripada kumpulan The Boyz itu ternyata menjadi trending apabila mereka menampilkan Aina Abdul sebagai tetamu istimewa mereka. Jacob dan Kevin sempat menemu bual Aina dan bertanya kepada pelantun suara ‘Semalam’ itu mengenai lagu dan artis kegemarannya.

Bukan itu sahaja, Aina juga diberi kesempatan untuk menyanyikan sebuah lagu K-Pop ketika siaran langsung program tersebut. Di samping itu, Aina turut diberi peluang mempromosikan single terbarunya berjudul Sepi. Sepi merupakan single pertama Aina yang mempunyai dua versi iaitu dalam bahasa Melayu dan bahasa Korea. Sebelum ini, program Simply K-Pop Con-Tour itu pernah menampilkan artis dari Thailand, Vietnam dan Filipina. Kini, tiba pula giliran artis Malaysia untuk ditemu ramah.

Aina power!

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat meluahkan rasa bangga melihat penampilan Aina Abdul di program tersebut. Mereka turut mendoakan agar Aina dapat mengembangkan kariernya di negara tersebut suatu hari nanti.

Sumber: Aina Abdul

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×