Bekas isteri kepada seorang penyanyi yang baru menjadi juara dalam sebuah program nyanyian, Cliff Umar iaitu Zurini Hasbullah mendedahkan bahawa dia terpaksa membesarkan tiga orang anaknya secara bersendirian.
Artikel Berkaitan: Aktres ‘Penyondol’ Hasut Suami Rampas Harta & Ceraikan Isteri Pertama?
Anak-anak menderita kesakitan
Zurini menjelaskan dia kini menjaga dua orang anak lelakinya masing-masing berusia 14 dan 11 tahun menghidap autisme dan disleksia selepas diabaikan oleh suaminya sejak beberapa tahun lalu.
Bukan itu sahaja, anak perempuan bongsunya yang kini berusia lapan tahun juga menunjukkan simptom-simptom menghidap penyakit itu dan masih berada dalam pemerhatian pakar.
Bekas pramugari berusia 43 tahun itu turut mengatakan bahawa dia tidak berniat untuk meraih simpati netizen dengan luahan mengenai kesusahan hidupnya di media sosial.
Sebaliknya, dia ingin memberi kesedaran kepada bekas suaminya itu agar menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada ketiga-tiga anak mereka.
Kebetulan menang semasa luah kisah hidup
Zurini turut memberitahu bahawa hanya dirinya yang menanggung perbelanjaan keluarga sepanjang bersama dengan Cliff Umar sejak mendirikan rumah tangga pada 2009 kerana suaminya pada ketika itu tdak mempunyai pekerjaan tetap.
Tambahnya lagi, kebetulan bekas suaminya kembali di kaca TV sebagai peserta sebuah program realiti pada 2020 selepas gagal dikesan sejak 2019 dan menjadi juara sekali gus membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000.
Orang yang tidak mengenali saya, menuduh saya secara tiba-tiba dengan mengatakan saya sebagai ‘gold digger’ kerana bekas suami menjadi juara pertandingan tersebut.
Tegasnya lagi, dia hanya menuntut tanggungjawab daripada Cliff Umar untuk memberi nafkah kepada anak-anak istimewanya yang semakin membesar.
Sementara itu, Cliff Umar enggan mengulas lanjut berkenaan isu tersebut dan mengatakan bahawa dia sendiri akan menyelesaikan masalah berkenaan dengan bekas isterinya.
Sumber: Harian Metro