berita

Muncul Semula Setelah Sebulan ‘Menghilang’, Netizen Bimbang Lihat Badan PU Azman Susut & Muka Cengkung

October 12th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Lebih sebulan pendakwah bebas dan pelakon, Azman Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman ‘menghilangkan diri’ dan tidak kelihatan di media sosial mahupun di kaca televisyen. Namun, baru-baru ini PU Azman dilihat memuat naik foto dirinya menghadiri sebuah kenduri.

PU Azman menghilang?

Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Azman Syah Alias dilihat bergambar bersama beberapa ahli keluarga yang lain sambil berdiri ketika menghadiri sebuah kenduri setelah lebih sebulan tidak mendengar khabar berita.

Alhamdulillah, jarang dapat berkumpul bersama, semua lengkap.

Namun, apa yang membimbangkan warganet adalah sosok tubuhnya yang disifatkan semakin susut dan bentuk muka kelihatan sedikit cengkung. Malah, ada juga di antara mereka mendoakan agar segala urusan pendakwah bebas berusia 41 tahun itu dipermudahkan serta dipelihara dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

Hasil pemerhatian pihak OhBulan!, foto berkenaan telah dipadam dan kali terakhir dikemaskini adalah pada awal September lalu.

Foto tangkap layar

Sumber : Artis Malaysia

SKIP THIS AD ×