berita

Muncul Tak Sampai 10 Saat Dalam ‘Satukan Rasa’, Peminat Tak Puas Tengok Naqiu

November 20th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Selepas 12 tahun ‘menghilang’ daripada dunia seni, bekas penyanyi kumpulan Boboy, Naqiu kembali bersaing di dalam sebuah program realiti televisyen. Menampilkan persembahan yang memukau dan menerima pujian yang positif hampir setiap minggu membuatkan Naqiu menjadi kesukaan ramai. Bahkan, dia turut ditawarkan berlakon dalam sebuah drama yang berjudul Satukan Rasa arahan Hadith Omar.

Buat kesayangan Naqiu

https://www.instagram.com/p/B5C2PUclLCa/

Menerusi Instagram Naqiu, dia mengajak semua peminatnya untuk menonton drama bersiri ‘Satukan Rasa’ kerana dia turut terlibat dalam drama tersebut. Naqiu yang memegang watak sebagai arwah suami Indah Suhaila, lakonan Siti Nordiana itu muncul dalam episod 10 ketika Indah dan Jai Bakri lakonan Khai Bahar selesai melakukan persembahan.

Satukan Rasa

https://www.youtube.com/watch?v=VUk-QfG8p38

Drama Satukan Rasa merupakan drama yang menampilkan gandingan Siti Nordiana dan Khai Bahar. Drama ini turut menampilkan Nadya Syahera, Raja Azmi, Nina Juren, Yusuf Bahrin dan ramai lagi sebagai pelakon pembantu. Drama yang mempunyai 20 episod ini berkisahkan tentang Indah, yang merupakan seorang balu. Indah yang selesa menjalani kehidupannya sebagai pekerja servis party ini pernah menjadi seorang penyanyi terkenal dahulu kala. Kisah Indah ini lebih menarik apabila dia dipadankan dengan Jai yang mempunyai masalah gemuruh.

Tak puas kejap sangat

Rata-rata netizen meluahkan perasaan tidak berpuas hati kerana watak penyanyi tersebut sangat sekejap. Namun, mereka turut teruja melihat Naqiu dalam drama bersiri tersebut.

Sumber: Naqiu

SKIP THIS AD ×