berita

‘Mungkin Akan Cacat Seumur Hidup’ – Lelaki Dakwa Ditembak Polis Kerana Enggan Berhentikan Motor

June 20th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Disebabkan tidak berhenti apabila dikejar polis setelah melanggar lampu isyarat, seorang penumpang motosikal cedera ditembak seorang anggota polis trafik. Menurut Harian Metro, kejadian yang berlaku di Jalan Langgar berhampiran Jalan Datuk Kumbar Alor Setar, mangsa  Mohamad Alif Aiman Anuar, 21 yang membonceng motosikal rakannya untuk ke tempat kerja ditembak seorang anggota polis yang cuba menahan mereka.

Pembedahan untuk mengeluarkan sebutir peluru

Ibu mangsa, Hashimah Mahmood, 49, berkata anaknya masih dalam keadaan sedar dan mengaku sudah menyuruh rakannya itu memberhentikan motosikal namun diendah kerana tidak memiliki lesen memandu.

Polis trafik yang kebetulan berada di jalan itu bertindak mengejar motosikal yang dinaiki anaknya sebelum melepaskan tembakan.

Berikutan kejadian itu, anak saya yang bekerja sebagai tukang paip kini ditempatkan di Zon Merah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Malah, pihak hospital memaklumkan bahawa akan menjalankan satu pembedahan bagi mengeluarkan sebutir peluru pada tangan anak saya malam ini.

Mungkin cacat seumur hidup

Bagaimanapun, dia membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan polis itu melepaskan tembakan sedangkan anaknya tidak memberi sebarang ancaman kepada polis itu.

Berdasarkan apa yang diberitahu anak saya, selepas ditembak anggota itu meninggalkan anak saya dalam keadaan berlumuran darah selain tidak membantu menghubungi ambulans.

Saya ingin menuntut keadilan untuk anak saya yang mungkin akan cacat seumur hidup.

Suri rumah itu berkata, rakan anaknya iaitu penunggang motosikal sudah menghubungi majikan untuk membawa anaknya ke hospital.

Dia menyifatkan anaknya itu bersih daripada sebarang rekod jenayah dan tidak membawa apa-apa senjata melainkan peralatan kerja.

Tindakan itu tidak wajar

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mat Kasim Karim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan terbabit dan setakat ini anggota polis trafik yang melepaskan tembakan itu masih belum membuat laporan polis.

Siasatan kini dijalankan untuk mencari punca mengapa tembakan berkenaan boleh dilepaskan sama ada tembakan yang dilepaskan adalah dengan niat untuk memberhentikan motosikal berkenaan atau sebaliknya.

Bagaimanapun, tindakan itu adalah tidak wajar dan sekiranya tindakan anggota polis itu didapati bertentangan dengan undang-undang, ia akan membuka ruang kepada mangsa untuk mengambil tindakan sivil terhadap pasukan sepertimana yang telah berlaku dalam kebanyakan kes sebelum ini.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×