berita

‘Mungkin Aku Post Salah Timing’- PU Abu Mohon Maaf Berjoget, Main Tiktok

April 10th, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Sebelum ini, pendakwah bebas iaitu PU Abu Sufyan telah memuat naik video menari TikTok di laman Instagramnya. Tindakannya yang memuat naik video tersebut ternyata mengundang kecaman daripada segelintir pengikutnya. Mereka menyifatkan video menari itu tidak sepatutnya dimuat naik kerana beliau merupakan seorang pendakwah. Terbaru, PU Abu memohon maaf kepada semua pihak dan cuba untuk tidak bermain Tiktok lagi.

Aku minta maaf

Menerusi Instagram, PU Abu dia memberitahu bahawa kapsyen tersebut lebih kepada memerli tindakan Menteri Pengajian Tinggi. Tambahnya, tujuan dia muat turun aplikasi tersebut hanya untuk bersuka-ria bersama keluarga. Namun, video itu dimuat naik pada waktu yang tidak sesuai. Walau bagaimanapun, dia meminta maaf kepada rakyat Malaysia.

Jangan bertiktok waktu bencana

Isi masa yang ada dengan zikir, ibadah, selawat dan baca Al Quran. Jangan isi masa bosan dengan perkara sia sia. Kalau nak rekod video joget, boleh, tapi hanya dilihat oleh mahram kita. Kita saling berpesan, kerana waktu bencana bukan waktu berseronok, waktu bencana adalah waktu untuk bermuhasabah. Yakinlah, bila kita tinggal perkara sia sia yang biasa kita buat Allah akan berikan kasih sayang nya pada kita. Saya berpesan pada diri saya yang serba jahil ini .

Sementara itu, Pencetus Ummah (PU) Amin turut memberi nasihat buat masyarakat agar jangan terlalu berseronok ketika waktu bencana sebegini. Tambahnya, buat masa sekarang masyarakat seharusnya mengisi masa lapang dengan berzikir, selawat dan membaca Al-Quran dan tidak melakukan perkara sia-sia.

Sumber: PU Abu & PU Amin

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×