Di Instagram, penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat meluahkan rasa risau sebaik sahaja melihat keadaan kulit anaknya, Ana Nayla yang kini berusia 10 bulan. Menurut Ayda, kulit anaknya menjadi kemerah-merahan pada bahagian muka dan badan secara tiba-tiba.
Mungkin alahan pada ubat yang dimakan
Bangun pagi nampak baby macamni. Sesiapa tau kenapa? Allergic or anything? Pernah kena to you baby tak? Sedih kita tengok dia. Satu badan macamni.
Menerusi posting yang dimuat naik, Ayda turut menyertakan beberapa keping gambar yang memperlihatkan keadaan tubuh badan Ana yang dipenuhi bintik merah. Tidak tahan melihat keadaan anaknya, Ayda dan Nabil kemudian membawa Ana Nayla ke hospital bagi merujuk kepada doktor pakar kanak-kanak.
Update keadaan sekarang. Dekat muka semakin banyak. Doktor kata baby maybe allergic ubat yang baby makan (sebab baby demam, flu and batuk) or apa yang mommy makan. Alhamdulillah masih boleh tersenyum. Doakan baby cepat sembuh ya semua.
Ujar Ayda, Ana mungkin mempunyai alahan ubat. Oleh itu, dia memohon doa kepada semua agar anaknya itu segera sembuh dan kembali ceria seperti sebelum ini.
Dah baik dan tak gatal
Terbaru, Ayda memaklumkan bahawa kulit anaknya sudah semakin baik. Jelas Ayda, ubat yang diberikan oleh doktor sangat berkesan. Anaknya tidak mengalami kegatalan lagi dan boleh tidur dengan selesa.
Sumber: Ayda Jebat