berita

‘Mungkin Dia Kurang Faham..’ – Afdlin Shauki Kritik Isu Pakai Kaca Mata Hitam, Ini Penjelasan Zizan Razak

September 24th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Semalam telah berlangsungnya Festival Filem Malaysia (FFM29) yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Majlis berprestij itu telah dihoskan oleh Zizan Razak. Memang meriah habis.

Namun, ada seorang artis yang tidak berpuas hati dengan penampilan Zizan Razak yang memakai kaca mata hitam di acara itu. Kenapa pula ini?

Mungkin dia ingat dia Superstar – Afdlin

FFM29 opening dari Zizan. Pengacara pakai spek hitam, maaf itu kesalahan besar bidang pengacaraan pasal pengacara tak boleh connect dgn audience!… mungkin pasal dia superstar dia boleh buat apa saja mungkin!

Afdlin Shauki telah memuat turun gambar Zizan berserta kapsyen yang memerli Zizan. Mungkin ini satu gurauan atau gimik? Namun, Zizan juga telah menjawab kembali kritikan yang dibuat oleh Afdlin menerusi Astro Gempak.

Ini respon Zizan

Mungkin dia tak faham dan kurang pasti mengenai perjalanan acara tersebut. Saya hanya memakai cermin mata hitam pada segmen pertama. Saya hanya pakai dalam satu segmen sahaja.

Saya pakai cermin mata hitam pun kerana saya terus membuka majlis selepas selesai membuat persembahan pembukaan FFM29. Tidak mengapa, mungkin dia tidak tahu.

Apa-apapun, saya hormat Afdlin sebagai seorang sifu saya dalam bidang hiburan.

Diharap kedua pihak dapat kembali berdamai. Mungkin ini satu gurauan. Yelah masing masing pernah berkawan baik kan?

Sumber : Astro Gempak, afdlinshaukiofficial

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×