
Perkongsian terbaharu di Instagram milik pelakon, Nabila Huda mencuri perhatian apabila dia meluahkan perasaan tentang hubungan kekeluargaan.
Artikel Berkaitan: Nabila Huda Kongsi Petikan Tentang Luka Yang Dialami – ‘Mereka Gelar Saya Anak Perempuan Pemarah’
‘Kehilangan sesuatu’

Nabila atau lebih mesra disapa Abil, 40, menzahirkan rasa sedih dengan sikap seorang individu yang seolah-olah sanggup mengetepikan darah daging sendiri demi kepentingan peribadi.
Bagaimanapun anda hidup setiap hari tanpa memulihkan kerosakan yang berlaku membabitkan darah daging sendiri.
Anda teruskan kehidupan tanpa merasakan yang anda kehilangan sesuatu. Dan tak ada usaha untuk mendapatkannya semula, tiada satu pun.
Bagaimana anda hidup setiap hari tanpa memulihkan kerosakan yang berlaku membabitkan darah daging sendiri.
Luahan itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang tertanya-tanya maksud sebenar di sebalik perkongsiannya.
Begitu pun, rata-rata warganet serta rakan artis tampil meninggalkan komen positif, memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar Nabila terus tabah sekiranya sedang menghadapi ujian yang melibatkan hubungan keluarga.
Sumber: Instagram







![[VIDEO] Kanak-Kanak Hidap Kanser Luah Hasrat Ke Rembayung & Bertemu Khairul Aming, Netizen Sanggup ‘Battle’ Slot](https://asset.ohbulan.com/2026/08/rembayung.jpg)
