berita

‘Mungkin Terlalu Stress & Bersedih Kematian Isteri…’ – Derita Kerap Sakit Kepala, Rupa-Rupanya…

June 6th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Hampir 10k shares di Facebook, lelaki ini kongsi keputusan ujian CT Scan bahagian kepalanya dan mendapati terdapat tumor di bahagian otak kanan. Sebelum ini, dia kerap sakit kepala dan terkena sawan tarik yang teruk.

Apabila ditanya mengenai gaya hidup, doktor mendapati berkemungkinan faktor terlalu stress, bersedih atas kematian isteri dan merokok menjadi punca terjadinya perkara ini.

Mungkin disebabkan stress, bersedih & rokok

Just nak share sikit apa cerita yg terjadi kt aku skrg ni.. Mana tau boleh jadi pedoman utk kawan2 yg lain.. kalau nak ikutkan panjang ceritanya.. Tapi takpelah aku ringkaskan jelah.. Yang mana faham tu faham lah, yg x faham buat2 faham jelah. Sebelum ni aku kerap sakit kepala, kdg2 kena sawan tarik sorang2 tapi aku x tau mende tu sawan ke apa.. So pendekkan citer..

Bawah ni gambar CT SCAN yg dibuat pada Rabu pagi 30/5. Gambarajah yg kiri bersamaan otak kanan, yg kanan otak kiri. Lepas habis scan aku pn balik lah. Tghari dpt call drpd Doc Hospital Putrajaya(HPJ) suruh datang balik & direct terus ke Emergency Department (ED) jumpa doc di Semi Kritikal. Aku pelik tanya kenapa? Doc cakap ada nampak ‘something’ di otak kanan aku bila masuk air contrast CT SCAN. So dlm pkul 2pm aku sampai. Aku diminta baring terus di katil & kena cucuk terus line branular di tgn. Aku minta izin utk solat zuhur dulu disitu. Dalam jam 3pm lebih hampir 4pm sambil menunggu apa tindakan doc selanjutnya, tiba2 aku termenung & kepala aku pening berpusing2.. Makin lama otak aku makin menarik kejang sekali dgn seluruh badan sambil tak boleh bernafas oksigen tak sampai di otak. Nasib baik la mulut boleh buka panggil doc yg ada ramai depan mata. Masa kena tu mmg dah rasa mcm nak ajal, otak mcm nak meletup! Dgn tak x dpt bernafas.. Then lepas tu aku x sedar dah.. Tau2 lepas sedar kepala aku sakit gila skor 10 & ada dalam Red Zone Kritikal dgn badan bertampal2 ECG dan mcm2 lagi.. Doc ckp aku kena tu lbh kurg 2 minit lebih mata putih keatas..

So aku diberikan bantuan oksigen di wad coz otak aku x cukup bekalan oksigen. Tapi skrg alhamdulillah makin better, cuma kepala ada dizzy2 skor 2,3 camtu bila berjalan atau kepala tiada support. Semalam buat MRI scan di IKN tempat arwah permaisuri aku meninggal. Dan skrg ni tgh tunggu formal report drpd PAKAR NEURO HKL. Coz HPJ sini tiada pakar NEURO. Doakan aku harap2 tiada apa yg serius bukan tumor malignin (kanser) & merisaukan. Kalau ada pun pn biarlah ketumbuhan biasa (benignin) atau yg tak perlu dibedah & boleh dikecutkan bengkak tu dgn makan ubat saja.. Jika dibedah risiko mungkin lost memory sikit, hilang keupayaan sebelah bdn. Hanya org sekeliling yg boleh bagi aku support yg positif..

Kemungkinan punca sebab apa ini terjadi?

Bila doc tanya history life aku, mungkin disebabkan aku terlalu stress dlm life aku + bersedih kematian isteri & paling utama aku MEROKOK! Sambil sedih2 stress sedut asap..Doc ckp coz MEROKOK ni punca segala jenis penyakit. Termasuklah VAPE! Walaupun aku merokok x sekuat mana, sekotak 2,3 hari baru abis..

So aku nasihatkan korang yg merokok tu STOP lah dari sekarang.. Please STOP! aku repeat PLEASE STOP!.

AKU MOHON DOA DARIPADA RAKAN & KENALAN SEKALIAN SUPAYA TIADA APA2 YANG SERIUS YANG MERISAUKAN & ALLAH BERIKAN KESEMBUHAN KEPADA AKU. AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN..

Ada tumor di otak kanan

Ni gambar MRI SCAN di otak aku semalam. Nampak jelas ada tumor di otak kanan aku yg putih tu (sblh kiri otak kanan, sblh kanan otak kiri). Agak besar juga.. Aku difahamkan oleh doc2 HPJ sini tumor tu dia dah mengganggu menolak line pembahagi otak aku tu. So sbb tu saraf2 & sel2 otak aku terganggu yg menyebabkan sawan tarik, oksigen tak sampai di otak.

Apa pun tunggu esok pagi aku akan dihantar dgn ambulan dari HPJ ke HKL. Untuk jumpa dengan Pakar NEURO HKL sebab di HPJ sini tiada pakar Neuro. Doc sini x boleh nak cakap & confirmkan decide lebih2 coz bukan kepakaran mereka. Mereka pakar Endo bukan neuro. So esok pakar neuro HKL yg akan bagi formal report, decide apa plan selanjutnya apa semua.. Admit wad sana ke x.. Boleh discaj ke x.. Doakanlah semuanyaselamat & dipermudahkan tiada apa yg serius..

Teman sejati dunia akhirat

Teman sejati aku dunia akhirat.. Terima kasih mak hari2 datang jaga aus.. Walaupun mak pun x sihat mata mak glukoma & katarak tak boleh letih.. Tapi mak tetap gagahkan diri untuk jaga anak mak yg nakal kuat melawan ni.. Ampunkan aus ye mak selama ni banyak melukakan hati mak. Minta halalkan segalanya makan minum yg diberi, jaga aus dari dalam perut sampai ke skrg ni.. I love u mak..

Sumber : Apeq Firas

The following two tabs change content below.

Most Read Today