berita

Muntah Darah Sejak 2018, Pakar Sahkan Puteri Balqis Tiada Kanser Tetapi ‘Masalah Lain’

January 15th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Kisah hidup pelakon cilik, Puteri Balqis mula mendapat perhatian ramai selepas dia muncul dalam rancangan Bersamamu. Pernah mengikat perut selama beberapa hari, Puteri Balqis mengaku berjalan sekitar Kuala Lumpur menjual buku untuk meneruskan hidup.

Pelakon yang pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2014 ini dikatakan mempunyai masalah hati menyebabkan dia menyepi dari dunia lakonan.

Bukan kanser

Walau bagaimanapun, menerusi laporan Harian Metro, Pakar Pediatrik dan Neonatologi, Pusat Pakar Swasta Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Masri Muhamed mengesahkan penyakit yang dihidapi pelakon ini bukanlah kanser seperti yang didakwa.

Tambahnya lagi, dia sudah menjalankan beberapa ujian termasuklah ujian darah untuk mengenal pasti masalah sebenar. Namun sehingga kini ‘masalah’ yang dihidapi tidak dapat dikenalpasti.

Ada ‘masalah berlainan’

Apabila saya jalankan segala ujian klinikal, saya tak dapat berikan satu kesimpulan apa masalahnya. Jadi, saya teruskan dengan pelbagai ujian darah kerana dia kelihatan sangat pucat.

Saya tengok kandungan hemoglobin dalam darahnnya sangat rendah, jadi saya jalankan ujian lain untuk fungsi hati dan buah pinggang. Selepas semua kajian dilakukan, saya mendapati dia tidak menghidap kanser, tetapi masalah berlainan.

Sejak jatuh sakit pada tahun 2018, Puteri Balqis sehingga kini mengalami muntah darah selain asma kronik yang memerlukannya menggunakan inhaler. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan dan empat buah hospital sudah dirujuk, hasil ujian darah menunjukkan Puteri Balqis bebas daripada kanser.

Kini, dia dan ibunya bergantung kepada pendapatan menjual buku puisi yang ditulisnya sendiri. Dari rumah sewa di Setia Alam, Balqis dan ibu menaiki pengangkutan awam ke kawasan tumpuan di Kuala Lumpur.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×