berita

Murid Darjah 5 Rogol Kakak Sepupu 4 Kali Selepas Terpengaruh Video Lucah

August 15th, 2019 | by Shira
Isu & Kontroversi

Penggunaan telefon pintar tanpa batasan oleh anak-anak merupakan salah satu punca keruntuhan akhlak mereka. Kanak-kanak yang bebas menggunakan telefon pintar terdedah untuk mengakses pelbagai jenis laman web, video dan sebagainya. Hal ini menyumbang kepada berlakunya kes rogol dibawah umur, ketagih menonton video lucah dan banyak lagi.

Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan satu berita kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun merogol kanak-kanak perempuan yang berusia empat tahun yang juga merupakan anak asuhan ibunya sendiri. Kini lain pula ceritanya apabila seorang lagi kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun merogol kakak sepupunya yang berusia 12 tahun.

4 kali melakukan hubungan seks…

Menerusi Harian Metro, kejadian ini berlaku di rumah mereka sendiri iaitu di Penampang, Sabah. Kanak-kanak ini telah melakukan hubungan seks di dalam bilik tidur di rumah mereka sebelum perbuatan itu disedari oleh abang mangsa.

Ibu mangsa dikatakan terus membuat laporan polis sejurus selepas mengetahui tentang kejadian tersebut. Suspek juga mengaku telah empat kali melakukan perbuatan jijik itu bersama mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, pihaknya akan membuat siasatan lanjut berkaitan kes ini. Kanak-kanak sekolah rendah ini juga mengaku bahawa mereka teransang dengan video yang dilihat di telefon pintarnya.

Suspek kini sudah direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan kes ini akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Harian Metro