berita

Murid Darjah 6 Maki Cikgu Sebab Banyak Kerja Sekolah

December 4th, 2021 | by Hariz
Isu & Kontroversi

Gambar sekadar hiasan

Gugur air mata seorang pengguna Facebook apabila membaca sebuah tangkapan skrin perbualan anak murid darjah 6 yang memaki hamun cikgunya kerana tertekan diberikan kerja rumah yang banyak. Walaupun sedih, lelaki itu tetap memahami keadaan anak murid tersebut dan memohon agar pihak atasan dapat mengembalikan keseronokan bersekolah dan belajar.

Cikgu dianj*r-kan kerana bagi kerja rumah banyak

Gambar sekadar hiasan

Dalam perkongsian sedih seorang pengguna Facebook Mohd Fadhli, menceritakan tentang perasaan sayu yang dia alami apabila melihat tangkapan skrin perbualan seorang murid darjah 6 yang menggunakan bahasa kesat ketika meluahkan rasa tertekan terhadap kerja sekolah yang banyak. 

Di dalam tangkapan skrin mesej tersebut, murid darjah 6 itu menggunakan perkataan kesat seperti ‘b*bi’, ‘anj*r’, ‘s*al’ dan ‘cib*i’ bagi meluahkan rasa marahnya. Murid itu juga berkata dia ingin membakar sekolah tersebut.

Kredit Foto: Mohd Fadhli

Ibu Bapa perlu ambil perhatian

Fadhli di dalam hantarannya turut mengambil kesempatan untuk berpesan kepada ibu bapa untuk menyemak peranti pintar anak-anak mereka dan memantau aktiviti yang dilakukan agar adab mereka terjaga dan perkara seperti ini dapat dielakkan.

Semaklah telefon atau peranti anak anak kita. Pastikan anak-anak kita ada adab dengan guru. Biar anak kurang bijak, asalkan tidak kurang adab. Jangan jadikan alasan anda bekerja, sibuk dan sebagainya.

Fadhli turut memohon pihak berwajib mengkaji semula sistem pembelajaran dan kembalikan keseronokan di sekolah dan di dalam pelajaran agar anak murid tidak berada di dalam tekanan selalu.

https://www.facebook.com/737294587/posts/10159646589509588/?d=n

SKIP THIS AD ×