berita

Murid Darjah Dua Patah Jari, Kipas Siling Dalam Kelas Terjatuh

October 19th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Sinar Harian

Seorang murid perempuan di sebuah sekolah rendah di daerah Selama patah jari tangan kiri apabila kipas siling di dalam kelas terjatuh lalu menimpanya.

Kipas nampak uzur dan berkarat

Foto: Sinar Harian

Memetik laporan Sinar Harian, insiden yang berlaku sekitar 10 pagi itu mengakibatkan tiga orang murid perempuan darjah dua yang lain mengalami kecederaan ringan manakala mangsa mengalami patah jari serta beberapa kecederaan lain di bahagian dada. Menurut bapa mangsa iaitu Mohd, kedudukan meja anaknya di dalam kelas terletak betul-betul di bawah kipas berkenaan.

Secara kebetulan, meja anak saya betul-betul di bawah kipas itu, jadi kecederaan dialaminya agak serius berbanding yang lain. Apabila dibawa mendapatkan rawatan ke hospital, doktor maklumkan tulang jari kiri tangan anak saya telah patah dan terpaksa disimen.

Bercerita dengan lebih lanjut, Mohd akui terkilan dengan tindakan pihak sekolah yang dipercayai melambatkan proses rawatan kesemua mangsa sebaliknya hanya menunggu ibu bapa tiba di sekolah untuk membawa sendiri anak yang cedera ke hospital.

Ketika isteri tiba di sekolah, keadaan tangan anak ketika itu sudah bertukar warna. Ini kes kecemasan tetapi pengurusan sekolah memberi alasan mengikut peraturan ditetapkan Jabatan Pendidikan.

Difahamkan, mangsa diberikan cuti sakit selama 14 hari dan kini masih trauma dengan kejadian yang berlaku. Bapa mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung insiden yang menimpa anaknya itu.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×