berita

Murid Perlu Ruang Yang Lebih Kondusif – KPM Tumpu Selesaikan Isu Sekolah Tumpang Di Sabah

September 16th, 2020 | by Azyanshor
Isu & Kontroversi

Sekolah tumpang merupakan situasi di mana sekolah menengah menumpang di sekolah rendah, sekolah rendah menumpang di bangunan sekolah menengah atau sekolah rendah menumpang di sekolah rendah lain. Di Sabah, ketiga-tiga kategori sekolah tumpang ini merupakan antara masalah yang perlu diberi keutamaan.

Lawatan Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin ke Sabah mendapati bahawa terdapat 23 buah sekolah yang menumpang di sekolah lain. Isu ini mendapat perhatian Dr Radzi untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Murid perlukan ruang belajar yang lebih kondusif!

Pihak kementerian amat menitikberatkan keselesaan murid untuk belajar di mana setiap pelajar memerlukan ruang  dan persekitaran yang lebih selesa dan sesuai untuk mereka lebih fokus ketika belajar.

Kebanyakkan isu sekolah tumpang ini membabitkan sekolah menengah menumpang di bangunan sekolah rendah manakala hanya terdapat 2 buah sekolah rendah yang mempunyai isu menumpang di sekolah menengah. Antara kategori lain yang ada ialah sekolah rendah menumpang di sekolah rendah lain.

Menurut beliau, bagi kategori sekolah rendah menumpang di sekolah rendah, perkara tersebut boleh diselesaikan dengan baik. Jadi, tiada permasalahan yang terlalu kompleks akan timbul kecuali jika kedua-dua sekolah terbabit mencapai kapisiti terlalu tinggi.

Nak tahu macam mana masalah ini akan diselesaikan?

Untuk pengetahuan korang, KPM akan beri tumpuan khusus kepada sekolah yang memerlukan keutamaan mendesak. Sebagai contoh, proses pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkon, Kota Marudu, akan cuba dipercepatkan supaya semua pelajar yang menumpang di Sekolah Kebangsaan (SK) Langkon dapat berpindah ke sekolah baharu.

Ini akan mengambil sedikit masa untuk menyiapkan sekolah terbabit manakala sekolah lain yang menghadapi masalah sama, akan KPM usahakan supaya peruntukan diselasaikan mengikut prioriti.

SMK Langkon antara sekolah yang paling terkesan

Berada dalam keadaan yang daif di samping fasiliti yang tak memadai, SMK Langkon yang terletak di Kota Merudu amat memerlukan bantuan dari pihak berkenaan. Bukan saja mereka perlu menumpang di Sekolah Rendah Langkon, tapi, pelajar mereka juga terpaksa ditempatkan di bawah kolong bangunan kelas SK Langkon.

Menurut Dr Radzi, bangunan sekolah berkenaan sepatutnya sudah lama siap namun tertangguh disebabkan beberapa perkara. Beliau juga berharap agar projek ini dapat dilaksanakan secepat mungkin berikutan pihak beliau telahpun membuka tender dan akan diselaraskan dalam masa terdekat.

Sama-sama kita berharap agar usaha KPM di Sabah ini dapat dijalankan dengan lancar!

The following two tabs change content below.

Azyanshor

"Life is too short to spend it with people who annoyed you" Instagram: @oshinshor

×