berita

MV Inderaloka Tampilkan Monoloque & Mira Tilu

November 12th, 2013 | by Ai
Video Popular

Inderaloka 1

Jika melihat tajuk diatas, pasti ramai tertanya-tanya apa sebenarnya Inderaloka itu? Sebenarnya, ini adalah muzik video terbaru Monoloque yang cuba bereksperimentasi dengan lagu terbarunya.

Terdahulu, Monoloque menampilkan Dato Siti Nurhaliza dalam MV berjudul Tanah Airku Tanah Airmu Jua yang berkonsepkan patriotik. Kini, hasil idea yang unik, Monoloque memuatnaik MV rasmi Inderaloka yang dirakam bersama Amirah Asraf atau lebih dikenali sebagai Mira Tilu.

Inderaloka 3

Loque dalam MV Inderaloka

Simboliknya dalam MV ini, Monoloque dan Mira Tilu menyarungkan sepasang persalinan tentera. Masing-masing memainkan watak sendiri yang kami kira jarang sekali dilihat dalam mana-mana MV tempatan yang lain.

Apa yang lebih menarik, Loque tetap mengekalkan imej kepahlawanan dengan menggunakan tengkolok dan destar manakala rakan seperjuangannya yang lain pula beraksi dengan cara yang tersendiri.

Jika diamati, bait-bait liriknya yang puitis dilontarkan penuh maksud tersirat. Berikut sedikit potongan ayat dalam lirik Inderaloka:

Mari bina semula, inderaloka yang baru, robohkan yang lama, hanya Tuhan saja tahu, jangan kau ragu-ragu denganku, hanya kau yang ku perlu.

Lokasi penggambaran MV ini telah dibuat di Perak  iaitu di Teronoh dan Terong.

Inderaloka 2

Sedikit sedutan dari lagu Inderaloka

Menurut sebuah blog tempatan, lagu Inderaloka ini kemungkinan besar bakal dimuatkan dalam album Jejak Tanah Corak Ke-2. Antara anggota kumpulan Monoloque yang terlibat ialah LoqueIjoo ‘Gagak Hitam’, Loko, Apex, dan Dax. Apa-apa pun, mari layan MV terbaru Monoloque ini.

SKIP THIS AD ×