
Selepas hampir dua dekad, kumpulan rock ikonik dari New Jersey, My Chemical Romance (MCR) akhirnya kembali ke Malaysia menerusi konsert jelajah Asia Tenggara mereka yang dinanti-nantikan peminat.
MCR kembali gegarkan pentas Malaysia!
Menerusi pengumuman rasmi di akaun Instagram MCR, Kuala Lumpur telah disahkan sebagai salah satu destinasi utama dalam siri jelajah tersebut.
Konsert mega ini dijadualkan berlangsung pada 30 April 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil yang merupakan lokasi cukup gah untuk menyambut kepulangan legenda rock ini ke pentas Malaysia.
MCR turut mengadakan konsert di Incheon (Korea Selatan), Bangkok (Thailand), Bulacan (Filipina), Singapura dan Jakarta (Indonesia).
Selain di Asia Tenggara, mereka juga akan mengadakan konsert di Amerika Selatan sekitar Januari hingga Februari tahun hadapan.
Untuk info, kali terakhir MCR menjejakkan kaki ke Malaysia ialah pada 9 Disember 2007, ketika mereka menggegarkan Stadium Merdeka dalam konsert epik The Black Parade Tour, yang menyaksikan kehadiran lebih 10,000 peminat.
MCR ditubuhkan pada tahun 2001 oleh vokalis dan penulis lagu utama Gerard Way, MCR turut dianggotai oleh Ray Toro, Frank Iero, dan Mikey Way.
Antara lagu ikonik MCR ialah Welcome to The Black Parade, Helena, I Don’t Love You, dan I’m Not Okay (I Promise).
Tiket bakal dijual
Tiket konsert My Chemical Romance boleh dibeli bermula 11 Julai 2025 pada jam 11 pagi di www.golive-asia.com / GoLive Ticketing App
- Zon E – RM299
- Zon D – RM399
- Zon C – RM499
- Zon B – RM599
- Zon A – RM699
- Helena (Tempat Duduk) – RM1,099
- I’m Not Okay (Berdiri) – RM599
- I Don’t Love You (Kemasukan Awal) – RM799
Sumber: Instagram MCR