berita

‘My One Malaysia Family’ – Kisah Keluarga Campur 3 Bangsa Ustaz Ravi Patut Dicontohi

August 23rd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Perkahwinan dua bangsa dalam negara kita hari ini bukanlah satu perkara yang janggal. Dalam membina sebuah perkahwinan campur, pemahaman yang tinggi di antara pasangan sangat penting agar rumah tangga kekal bahagia.

Baru-baru ini, pendakwah popular Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah berkongsi gambar keluarganya  yang terdiri dari pelbagai bangsa dan ia berjaya mencuri perhatian ramai.

Lengkap 3 bangsa

Perkongsian gambar menerusi laman Facebooknya itu berjaya membuatkan netizen kagum dengan keharmonian yang ada dalam keluarga tersebut.

Menurut Ustaz Ravi, dia mempunyai sebuah keluarga lengkap dari tiga bangsa utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.

My ‘One Malaysian Family’

Mai nak cerita family one Malaysia saya. Bapa mertua (arwah) Cikgu Mohd Soyong (Soo Yong) adalah berbangsa Cina, menganut Islam ketika berumur 20 tahun dan berumah tangga dengan ibu mertua saya Hajjah Siti Fatimah, manakala saya berbangsa India berkahwin dgn Hajjah Suziana Mohd Soyong anak sulung Arwah Cikgu Mohd Soyong.

So kiraan biologinya macam ni, Cina + Melayu + India = anak-anak jadi one Malaysian. Gambar di bawah (atas) adalah sepupu isteri saya yang datang menziarahi kami di Bandar Seri Putra.

Saya jamu sedara kami dari Cina ni teh tarik, saya tanya mereka dalam Bahasa Inggeris : How was teh tarik is good?, Sepupu isteri jawab : Ho liaw.

Hahaha, saya ingat lagi, tiga kali saya buat teh tarik, sebab tetamu kami suka sangat. Dalam hati saya berkata-kata… baru tau teh tarik original?

Walaupun pelbagai bangsa, tak halang hidup berkasih sayang

Satu lagi gambar ialah kunjungan adik beradik saya di hari raya Eidul Fitri baru-baru ini. So, warna warni keindahan berbilang bangsa, warna kulit, budaya, agama dan bahasa tidak sepatutnya menghalang kita hidup berkasih sayang.

Kami hidup sangat harmoni, tetapi sesetengah orang politik yang selalu merosakkan hubungan dan keharmonian kaum. Kalau iya pun nak menang dan senang tak perlu guna modal murahan untuk nak jadi hero sesuatu bangsa.

Sumber: Facebook Farid Ravi

SKIP THIS AD ×