Samsung kembali dengan pelancaran Galaxy Tab S10 FE Series, membawakan pengalaman tablet yang bukan sekadar canggih, tapi juga peribadi. Dengan skrin besar (10.9” & 13.1”), rekaan ringan, dan tahan lasak (IP68), tablet ini sesuai untuk kerja, belajar atau hiburan di mana sahaja.

Dikuasakan cip Exynos 1580 dan sokongan Galaxy AI, anda boleh menggunakan fungsi seperti Circle to Search, Note Assist dan Math Solver untuk kerja yang lebih bijak dan kreatif. Padankan dengan S Pen dan aksesori keyboard untuk pengalaman penuh seperti laptop.

Artikel Berkaitan: Semua Fungsi AI Gempak Dalam Samsung Galaxy S25 – Ini 8 Yang Paling Best!

Artikel Berkaitan: Samsung Galaxy S25 Review Penuh : Ni Kamera Handphone Ke DSLR?

Samsung Galaxy Tab S10 FE Series adalah siri tablet yang bukan sekadar alat teknologi, tetapi lanjutan kepada siapa diri anda. Dengan pelancaran media baru-baru ini, Galaxy Tab S10 FE dan S10 FE+ hadir membawa nafas baru dalam dunia tablet moden.

Rekaan Premium, Saiz Skrin Lebih Besar

Galaxy Tab S10 FE tampil dengan skrin 10.9 inci manakala versi S10 FE+ hadir dengan skrin 13.1 inci yang lebih besar dan lebih imersif, sesuai untuk mereka yang gemar multitasking atau menikmati kandungan visual.

Reka bentuk kedua-duanya lebih nipis (hanya 6.0mm) dan ringan berbanding model sebelum ini, dengan ketahanan IP68 kalis air dan habuk.

Dengan paparan LCD yang menyokong refresh rate 90Hz dan tahap kecerahan sehingga 800 nits, paparan kekal jelas walau di bawah cahaya terang. Sesuai untuk kerja dan hiburan sepanjang hari.

Diperkasakan oleh AI

Dikuasakan cip Exynos 1580, Tab S10 FE Series menjanjikan prestasi lebih lancar untuk aplikasi berat atau tugasan multitasking. Dengan pilihan RAM 8GB/128GB dan 12GB/256GB serta sokongan microSD sehingga 2TB, kapasiti bukan lagi isu.

Lebih menarik, Galaxy AI kini dimuatkan dalam tablet ini! Fungsi seperti Circle to Search, Note Assist, Math Solver, Object Eraser dan banyak lagi membantu pengguna menjadi lebih cekap dan kreatif. Setiap tugas jadi lebih mudah dan bijak.

Untuk Profesional: Galaxy Tab S Series

Bagi anda yang fokus kepada prestasi tinggi, Galaxy Tab S Series adalah pilihan terbaik. Dengan paparan Dynamic AMOLED 120Hz, sokongan DeX Mode dan papan kekunci boleh cabut, ia umpama komputer riba dalam bentuk tablet.

Dilengkapi Galaxy AI, pengguna boleh menikmati ciri seperti terjemahan masa nyata, penulisan ringkasan, dan bantuan nota secara automatik. Sempurna untuk yang mahu kekal produktif dan profesional setiap masa.

Untuk Peminat Hiburan: Galaxy Tab A Series

Nak rehatkan minda selepas hari yang panjang? Galaxy Tab A Series hadir dengan paparan besar dan sokongan Dolby Atmos Quad Speakers untuk pengalaman audio-visual yang mengasyikkan. Sesuai untuk menonton drama, gaming atau sekadar dengar muzik santai. Ia membawa hiburan terus ke tangan anda, di mana jua.

Untuk Pembelajaran & Produktiviti Ringan: Galaxy Tab S Lite

Galaxy Tab S Lite pula direka khas untuk pelajar atau pengguna yang sentiasa belajar dan berkembang. Dengan S Pen, antaramuka ringkas, dan fungsi multi-window, anda boleh mencatat nota, membaca PDF dan kekal teratur dengan mudah.

Tambahan pula, bateri mampu bertahan sehingga 14 jam tayangan video cukup untuk kegunaan seharian!

Untuk Si Kreatif: Galaxy Tab S FE

Galaxy Tab S FE benar-benar menjadi medan ekspresi untuk mereka yang suka berkarya. Dengan paparan besar, prestasi cemerlang dan sokongan penuh aplikasi kreatif seperti Clip Studio Paint, Noteshelf 3 dan Sketchbook, ia menjadi kanvas digital paling ideal.

Tambahan pula, dengan fungsi AI seperti Note Assist dan Circle to Search, anda boleh bekerja dengan lebih bijak dan cepat.

Lebih daripada sekadar alat, setiap tablet Galaxy Tab direka untuk mencerminkan keperibadian anda.

Sama ada anda seorang profesional, peminat hiburan, pelajar atau pencipta kandungan, Samsung ada tablet untuk anda. Pilih yang selari dengan gaya hidup dan impian anda.

Saksikan sendiri bagaimana Galaxy Tab menyerlahkan personaliti anda melalui siri video ini:

Layari laman web Samsung untuk maklumat lanjut.