Baru-baru ini, penyanyi Hasif Upin meluahkan rasa kecewa dan mendakwa syarikat pengurusannya tidak adil dalam menguruskan karier seninya.
Terbaru, penyanyi dan pengacara Mya Herry turut meluahkan perasaan yang sama di Instagram Story miliknya.
Artikel Berkaitan: Kodi Rasheed Dedah Lebih 10 Kali ‘Dikencing’ Penerbit? – ‘Dah Beri Tawaran & Skrip, Lepastu Tak Jadi Ambil’
Susah nak jual?
Menurut dakwaan Mya, selama dua tahun di bawah syarikat pengurusan tersebut, dia hanya mendapat bayaran tidak mencecah RM1500.
Jangankan awak Hasif Upin. Selama dua tahun saya pun dapat bayaran tak sampai 1.5K. Sedih!
Lagilah macam sampah kata susah nak jual. Kalau tak boleh jual, kenapa susah sangat nak lepaskan?
Terdahulu, Hasif memberitahu perkara yang membuatkannya berkecil hati apabila pihak tersebut seolah-olah mengambil mudah dalam kerja-kerja promosi sebagai salah seorang calon Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36).
Tambah Hasif, syarikat itu juga lebih mementingkan artis lain dan melihat perkara itu sebagai berat sebelah.
Kenapa susah nak lepaskan?
Sekadar info, nama Mya mula dicungkil sewaktu menyertai pertandingan All Together Now Malaysia musim ke-2. Kemudian Mya mengikuti pertandingan Getaran Jiwa di Sarawak sehingga layak ke peringkat separuh akhir. Paling mencuri perhatian, Mya dipilih sebagai wakil Malaysia untuk pertandingan Dangdut Academy Asia 6.
Sumber: Mya Herry