Teka-teki mengenai bau busuk dari kediaman tingkat sembilan sebuah apartment di Georgetown, Pulau Pinang sejak beberapa minggu lalu terjawab apabila pihak polis menjumpai mayat seorang wanita bersama anak perempuannya.

Artikel Berkaitan: Pelakon Terkenal, Ibu Ditemui Maut Selepas Terjatuh Dari Tingkat 11 Kondominium

Ditemui dalam keadaan menyayat hati

Foto: Kosmo

Memetik laporan Berita Harian, mayat wanita tempatan berusia 40 tahun serta kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui dalam keadaan hampir reput.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian terpaksa meminta pertolongan bomba untuk membuka pintu kediaman kerana berkunci dari dalam.

Tambahnya, pihak polis juga menemui beberapa jenis ubat dipercayai digunakan bagi merawat individu yang mengalami tekanan perasaan di dalam rumah tersebut.

Berdasarkan dokumen pengenalan si mati mendapati kedua-duanya berusia 40 dan dua tahun serta dipercayai mempunyai hubungan ibu dan anak.

Sementara itu, adik mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nor memaklumkan bahawa kakaknya yang tidak bekerja tinggal bersama anak selepas bercerai.

Kali terakhir saya jumpa kakak pada hujung Mei lalu.

Mayat kedua beranak itu kini dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang bagi tujuan bedah siasat manakala kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Sumber: Berita Harian