Pelakon Myra Natasha memaklumkan terpaksa menjalani pembedahan selepas jari kelingking kaki kanannya patah akibat tergelincir gara-gara lantai dapurnya basuh.

Artikel Berkaitan: PU Syed Respon Isu Myra Natasha Dedah Diri Anak Tak Sah Taraf – ‘Perbuatan Itu Tidak Sepatutnya Berlaku, Islam Menegah Buka Aib’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Anak Tak Sah Taraf’ – Myra Natasya Dedah Halim Othman, Ibu Tak Pernah Berkahwin

Berlaku di rumah

Menerusi muat naik di Instagram Story (IGs), pemilik nama Yusmyra Natasha Abdullah, 30, menjelaskan kejadian buruk itu berlaku ketika dia berjalan ke arah dapur di rumahnya.

Apa yang terjadi adalah ketika itu saya berjalan menuju ke arah dapur dan saya tidak sedar mesin basuh saya rosak.

Disebabkan itu, lantai basah dan kemudian saya tergelincir. Kaki saya terkena tepi dinding.

Kena bedah cepat

Menjelaskan lebih lanjut, Myra berkata pada awalnya dia merasakan kecederaan itu tidak serius dan menganggap ia hanya lebam biasa.

Namun, hasil pemeriksaan doktor mendapati Myra perlu menjalani pembedahan secepat mungkin.

Lebih parah, Myra juga tidak dibenarkan untuk berjalan selama dua bulan.

Saya fikir tiada apa-apa dan bila periksa hanya lebam.

Selepas rasa sakit yang amat sangat saya letak ais.

Keputusan dah keluar, jari kaki saya patah dan perlukan pembedahan. Saya tidak boleh berjalan selama dua bulan.

Sumber: Instagram