berita

Nabil Ahmad Tiru Dr. Sheikh Muszaphar? – Ini Sebab Kenapa Gambar Mereka Seakan Sama.

January 7th, 2019 | by Azyanshor
Shout Out!

Korang pernah tak scroll Instagram lepastu rasa macam nampak gambar yang seakan-akan sama asyik muncul dekat timeline korang? Ha sama la dengan admin! Kejap ke atas kejap ke bawah admin scroll sebab pelik kenapa ada gambar yang sama ni?

Lah..rupa-rupanya artis-artis ni memang sengaja ambik gambar yang seakan sama tau! Eh..tapi dah kenapa ambik gambar lebih kurang sama?

Mereka ni sebenarnya Cuckoo Friends!

Sempena tahun baru 2019 ni, Cuckoo memperkenalkan Cuckoo Friends yang menampilkan nama-nama besar selebriti tempatan. Diorang ni mendukung falsafah Cuckoo, Beyond Standards atau melangkaui kebiasaan di samping mencerminkan prinsip Cuckoo untuk mencipta kediaman sihat buat semua!

Wah! Siapa lagi Cuckoo Friends ni?

Ha kami listkan 7 personaliti yang telah menjadi Cuckoo Friends. Angkasawan Malaysia yang pertama pun ada tau!

1. Dr. Sheikh Muszaphar

Angkasawan negara kita juga merupakan bapa kepada 4 orang cahaya mata tak henti-henti memberikan kata semangat kepada generasi muda untuk mencapai cita-cita mereka. Tak kiralah tinggi mana pun impian tu!

Personaliti ni memang ngam sangat lah dengan prinsip Cuckoo, Beyond Standard tu kan?

2. Nabil Ahmad

Pelawak dan pengacara yang sememangnya dikenali ramai ni memilih Cuckoo sebagai penapis air di rumah untuk mendapatkan kediaman yang lebih sihat!

3. Nicholas Teo

Sebagai penyanyi, pengacara dan pelakon, artis yang mendapat gelaran Putera Senyuman ini sememangnya mempunyai kualiti yang memukau!

4. Sam Mak

Nak sediakan kediaman yang sihat bukan kerja senang. Nak-nak lagi untuk seorang penyampai radio yang sibuk macam Sam Mak. Tapi, kesungguhan mengatasi segalanya.

5. Hetty Sarlene

Nama Hetty Sarlene melonjak naik bila menyertai Gegar Vaganza 5 selepas lama berdiam diri untuk menumpukan perhatian kepada keluarganya. Walaupun kembali aktif, Hetty tetap mengamalkan gaya hidup sihat dan sempurna bersama keluarganya.

6. Aanantha

Aanantha percaya dia mampu untuk menyumbang kepada masyarakat menerusi popularitinya. Disebabkan itu, dia menggunakan hampir semua medium yang ada untuk sebarkan perkembangan positif masyarakat, kesedaran terhadap alam sekitar selain menjadi jurucakap bagi Suruhanjaya AIDS Malaysia.

Terbaiklah!!

7. Chan Fong

Sebagai seorang penyampai radio yang berkaliber, Chan Fong sememangnya tak perlu diperkenalkan lagi. Siaran paginya di 988 FM sangat digemari. Mana taknya, gaya penyampaian yang santai dan dia faham kehendak pendengar. Bapa kepada tiga cahaya mata ni juga memiliki agensi pengiklanan. Bukan calang-calang ni!

Wow! Semuanya hebat-hebat & inspiring sangat!

Kan betul admin kata, semua yang adi Cuckoo Friends ni ada personaliti tersendiri dan setiap mereka ada kisah sendiri yang boleh bagi inspirasi kat korang! Diorang ni akan tampil dalam pelbagai acara yang dah dirancang rapi oleh pihak Cuckoo tau.

Jadi korang tunggu je dan bila masanya tiba, jangan lepaskan peluang untuk berjumpa dengan personaliti-personaliti hebat ni tau!

Untuk maklumat lanjut korang boleh klik kat sini!

The following two tabs change content below.