berita

Nabil Ahmad Tunjuk Taring! Tewaskan Selebriti Lain Untuk Bergelar Juara Toyota Gazoo Racing 2022!

October 4th, 2022 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Perlumbaan akhir musim ke-5 Toyota Gazoo Racing baru sahaja berlangsung hujung minggu lalu. Memang best sebab boleh lihat para pelumba berlumba pada tahap terbaik.

Ye la, namapun perlumbaan akhir. Perlumbaan akhir memang perlumbaan paling sengit dan sebarang kesilapan tidak dibenarkan. Berbaloi sangat min tonton secara online pada 24 dan 25 September lalu. Masih terbayang-bayang la aksi pelumba yang bertanding.

Nabil Ahmad rangkul kejuaraan kelas promotional!

Menewaskan selebriti lain termasuklah Khai Bhar, Janna Nick, Ahirine Ahiruddin, Syukri Yahya , Wany Hasrita, Ain Edruce dan Nabila Razali, Nabil Ahmad dan Zizan razak membuktikan kemampuan mereka bergelar pelumba litar apabila merangkul gelaran juara dan naib juara Toyota Gazoo Racing 2022 (kelas Promotional)

Hebat tuan Haji Nabil kita ni, min pun tak sangka dia akan jadi juara! Pilihan min untuk jadi juara sebenarnya Zizan. Tapi takpe… next season ada lagi.

Catat jumlah tonton tertinggi dengan 3.1 juta live streamer!

Bukan biasa-biasa sambutan yang diberikan oleh peminat Toyota Gazoo Racing Malaysia pada perlumbaan ke-3 musim ke-5. Bayangkanlah perlumbaan kali ini catat jumlah tontonan secara online dengan 3.1 juta penonton.

Ini merupakan rekod tertinggi tontonan online bagi perlumbaan Toyota Gazoo Racing Malaysia sejak ia diadakan pada tahun 2018. Tak ke hebat tu?

Hayden Haikal rangkul wang tunai RM70,000!

Sengit dan mendebarkan, perlumbaan bagi kelas Super Sporting (profesional) berada pada kelasnya yang tersendiri. Tahniah diucapkan kepada Hayden Haikal juara bagi kelas Super Sporting yang berjaya membawa pulang tunai berjumlah RM 70,000.

Tak dilupakan juga, Naquib Azlan, juara bagi kelas Sporting (amatur) yang berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 dan adiknya, Nabil Azlan pula bergelar juara bagi kelas Rookie.

Awesome kan? Dua adik-beradik sekali join Toyota Gazoo Racing. Letop sangat!

Sememangnya perlumbaan Toyota Gazoo Racing pusingan ke-3 musim ke-5 kali ini berbeza berbanding perlumbaan-perlumbaan sebelum ini. hebat-hebat belaka pelumbanya. Fantastic gitu!

Konsert K-Clique, Ella dan Dolla dapat sambutan hangat!

Lebih menarik lagi, perlumbaan pusingan ke-3 Toyota Gazoo Racing Malaysia dihangatkan lagi dengan konsert K-Clique, Ella dan Dolla. Kalau korang nak tahu, Nabila Razali dan Khai Bahar pun turut serta buat persembahan. Meriah ruangan live chat youtube masa tu, ramai giler yang tengok konsert!

Bagi korang yang terlepas perlumbaan musim ini, korang boleh follow media sosial Toyota Gazoo Racing dibawah untuk mengikuti perkembangan dan sorotan kandungan menarik untuk perlumbaan musim ke-6 yang lebih padat dengan aksi perlumbaan yang hebat serta persembahan selebriti.

Facebook: Toyota Gazoo Racing Malaysia

Instagram: Toyota Gazoo Racing Malaysia

Youtube: Toyota Gazoo Racing Malaysia

SKIP THIS AD ×