

Bapa kepada pelakon Nabil Aqil iaitu Ahmad Zaidi Masri sudah membuat persiapan awal perkahwinan anak lelakinya dengan menyediakan sebuah rumah kampung yang terletak di Kuang, Sungai Buloh.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Aqil Buat Konten Ramadan ’30 Hari 30 Sunah’, Netizen Puji – ‘Usaha Yang Bagus’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Aqil Akui Memilih Naskhah Lakonan, Letak Isteri Nombor Satu – ‘Saya Minta Isteri Labuhkan Tudung, Tapi Saya Sendiri Tak Menjaga’
Rumah tradisional lama

Menurut Ahmad Zaidi, rumah yang diberi nama, ‘Rumah Kayu 1928’ itu dibina pada tahun 1928. Kata Ahmad Zaidi, rumah yang mencecah RM500,000 itu kini dijadikan tempat sewaan untuk sebarang majlis keramaian bermula Hari Raya Aidilfitri ini.
Rumah kayu ini asalnya terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan telah dibina sejak tahun 1928. Namun, ia telah dipindahkan dengan penuh teliti dengan menggunakan teknik tanggam tanpa sebarang paku.
Kini, rumah itu dipasang semula di lokasi baharu iaitu di Sungai Buloh.
Memandangkan Nabil belum ada calon, jadi rumah ini diberi nama Rumah Kayu 1928 yang boleh digunakan untuk majlis perkahwinan, sambutan hari lahir dan acara korporat.
Tambah Ahmad Zaidi, Maestro muzik, Datuk M Nasir menjadi individu pertama yang menjalankan penggambaran untuk mempromosikan konsertnya, Cipta Raya.
Misalnya Rumah Kayu 1928 baru saja digunakan oleh Datuk M. Nasir untuk penggambaran promosi konsertnya bertajuk Cipta Raya.
Kejutan dari bapa

Sementara itu, Nabil berkata dia terkejut apabila mengetahui bapanya sudah menyediakan satu rumah kampung untuk majlis perkahwinannya pada masa depan.
Kata Nabil, 27, dia memang menyimpan hasrat untuk mengadakan satu majlis di luar bandar.
Saya tak sangka dia sanggup bina sebuah rumah kampung khas untuk majlis persandingan saya nanti.
Memang saya ada cakap saya mempunyai impian untuk mengadakan majlis kenduri kahwin di kampung dan ini satu kejutan besar buat saya.
Bagaimanapun, pemilik nama Mohammad Nabil Aqil Mohd Salehuddin menyatakan dia masih belum bertemu dengan calon jodoh yang sesuai.
Memang saya berharap dapat mendirikan rumah tangga secepat mungkin, tetapi buat masa ini saya reda kerana belum bertemu dengan jodoh yang sesuai. Saya percaya Allah sudah aturkan yang terbaik untuk saya.







