Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad meluahkan rasa kagum terhadap cara didikan pasangan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida dalam membesarkan anak sulung mereka, Ammar Ahyan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Niat Anak Aliff Syukri Singgah PPR Beri Sumbangan Duit Terima Pujian – ‘Ammar Suka, Tak Tahu Kenapa’

Ammar nak bawa ibu bapa bercuti

Menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok, Nabil berkongsi pengalaman dirinya sewaktu berjumpa dan menemu bual Ammar Ahyan buat pertama kali di konti radio pada Jumaat.

Apa yang saya kagum sewaktu berjumpa dengan Ammar ialah, dia cakap, ‘Saya nak bawa mak dan ayah saya bercuti’.

Bila dia kata begitu, saya ‘expect’ dia nak bawa bercuti ke luar negara tapi dia cakap nak pergi ke Langkawi.

Tak akanlah ke Langkawi kan? Lepas itu dia kata yang dia mampu setakat ini hanyalah ke Langkawi.

Maknanya, dia nak bawa mak ayah dia bercuti mengikut hasil pendapatan dia. Dan nanti kalau pendapatan dia dah banyak, barulah dia nak bawa mak dan ayah dia bercuti ke luar negara.

Kagum dengan pemikiran Ammar

Tambah Nabil, dia cukup kagum dengan gaya pemikiran Ammar apabila remaja berusia 17 tahun itu hanya mahu membawa ibu bapanya bercuti mengikut kemampuan sendiri.

Saya kagum sebab pemikiran dia dan bermakna cara Datuk dan Datin mendidik dia itu lain macam.

Tak kenal maka tak cinta dan kalau tengok mungkin kita anggap mereka macam suka ‘berhuha huha’ tapi bila dah kenal, jadi hormat lah dengan cara mereka.

Menerusi perkongsian yang sama, bekas juara program Raja Lawak ini turut menyatakan bahawa adalah satu rezeki yang besar buat Aliff dan Shahida dikurniakan seorang anak yang sangat bijak dan baik seperti Ammar.

Saya kagum dengan mak dia sebab Ammar Ahyan itu, ya Allah ‘brilliant’.

Dia seorang budak yang pandai dan baik. Rezekilah dapat anak macam itu.

Seronok jumpa insan sebegini, saya suka sebab dia ‘buka’ minda kita.

Sumber: TikTok