Kumpulan popular Indonesia, D’Masiv tidak menjadikan fasa pandemik Covid-19 sebagai satu cabaran untuk kumpulan itu tenggelam dalam industri seni.
Artikel Berkaitan: ‘Zaman Media Sosial Ni Bahaya’ – Nabila Huda Tegur Sikap Netizen Suka Rakam Tanpa Izin Demi ‘Viral’
Artikel Berkaitan: ‘Brown-Skinned Kan Seksi?’ – Nabila Huda Pelik Ramai Wanita Melayu Obses Nak Kulit Putih, Pesan Jangan Mudah Terpengaruh
Artikel Berkaitan: ‘Macam Mana Nak Delete Nur Tu Ek?’ – Nabila Huda Terkejut Nama Salah Di Wikipedia, Nasib Ada Yang Tolong Edit Balik
Konsert pertama D’Masiv
D’Masiv bakal mengadakan siri jelajah yang menyusuri 20 kota di Indonesia serta memilih Malaysia sebagai salah satu destinasi sempena ulang tahun ke-20 buat peminat.
Siri jelajah D’Masiv ini merupakan konsert pertama buat kumpulan terkenal Indonesia tersebut. Konsert ini bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 2 Jun 2023 yang dianjurkan oleh Neptunes Presents.
Selain itu, penganjur untuk konsert D’Masiv Road To The World merupakan aktres terkenal, Nabila Huda. Katanya, D’Masiv merupakan salah satu kumpulan Indonesia yang diminatinya sejak dahulu.
Awal tahun ini, saya dan keluarga sempat bercuti ke Jakarta, Indonesia. Secara kebetulan, kami diundang teman rapat untuk bertemu dengan Vokalis D’Masiv, Rian Ekky Pradipta.
Namun, tujuan asal hanyalah untuk berkenalan. Tiada perancangan untuk melamar D’Masiv untuk mengadakan konsert di Kuala Lumpur.
Oleh kerana penganjuran konsert pertama Senandung Malam membabitkan Payung Teduh X Pusakata dan Efek Rumah Kaca tahun lalu, ianya memberi idea untuk berkolaborasi dengan D’Masiv dalam menganjurkan Senandung Malam Volume 2 di Kuala Lumpur.
Siri Senandung Malam
Menurut Nabila, 38, kumpulan daripada Indonesia itu bakal mengadakan persembahan selama 120 minit.
Ini adalah kemunculan mereka yang pertama jadi, sudah tentu pilihan lagu daripada album pertama sehingga album terbaharu yang akan diperdengarkan.
Mengulas projek Senandung Malam, Nabila memaklumkan dalam perancangan untuk mengadakan beberapa siri Senandung Malam yang melibatkan artis dari seberang dan tempatan.
Tambahnya, konsep Senandung Malam lebih santai dan bertujuan untuk menghiburkan peminat di Malaysia.
Pemilihan artis juga berdasarkan permintaan peminat yang bukan sahaja dari kalangan kumpulan popular, malah kami teruja membawa penyanyi indie untuk tatapan peminat.
Saya percaya penyanyi indie memiliki kelompok peminat yang tersendiri.
Susulan daripada itu, anak kepada penyanyi lagenda, Amy Search itu meminta para peminat untuk menantikan pengumuman yang bakal dikeluarkan untuk Konsert D’Masiv Road To The World.