Sebelum ini, pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan bahawa terdapat seorang heroin drama cuba mendekati suaminya, Aliff Aziz. Lebih mengejutkan aktres terbabit cuba menghubungi Allif sebanyak tujuh hingga lapan kali pada waktu pagi.
Artikel berkaitan : ‘Dia Kata Tersuka Suami Saya’ – Bella Astillah Dedah Heroin Drama Jatuh Cinta Dengan Aliff Aziz, Kantoi Missed Call Banyak Kali!
Artikel berkaitan : ‘Awak Bukan Perempuan Murahan? Jadi Awak Pelacur Sukarela?’ – Bella Astillah Naik Angin Dekat Siapa Tu?
‘Siapa perempuan tu?’
Susulan daripada isu itu, pelakon Nabila Huda menyelar tindakan aktres terbabit dengan bertanyakan sama ada dia ingin menjadi pelakon atau pelacur ketika hadir ke set penggambaran.
Siapa perempuan tu? Yang shoot sekali dengan Aliff tu ke? Pelakon baru kan? Meh sini aku ganyang dia mengada tersuka suami orang.
Nak jadi pelakon ke nak jadi pelacur kat set? Itu antara salah satu sebab yang boleh merosakkan kerjaya sebagai seorang pelakon.
Dalam pada itu, Nabila turut menyarankan supaya aktres terbabit untuk fokus dalam kerjayanya sebagai seorang pelakon daripada sibuk bercinta dengan mana-mana aktor.
Tak boleh nak kawal nafsu dan fokus bukan untuk berlakon tapi nak meny*nd*l kat set.
Tolong lah buang sikap nak jatuh cinta kat set ke tersuka ke terlanjur ke please lah! Focus on what you’re doing. Be a good actress! Bukan be a good prostitude, FAHAM?
Foto tangkap layar
Sumber : xtra_my