Pelakon dan pengacara Nabila Huda memaklumkan bahawa perkongsiannya mengenai kucing kesayangan, Aoki adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang belas ihsan terhadap haiwan.
‘Buang kucing, seolah-olah kita buang anak kita’
Ketika ditemui OhBulan!, Nabila atau nama lengkapnya Nabila Huda binti Suhaimi mengakui dia dapat tidak dapat menerima sekiranya ada individu tergamak membuang haiwan peliharaan mereka yang dijangkiti penyakit.
Bila seseorang tu dah buat keputusan untuk pelihara, jagalah betul-betul. Janganlah bila dia sakit, kau pergi buang.
Bila buang kucing, seolah-olah kita buang anak kita sendiri.
Tambah Nabila lagi, kewangan bukanlah satu alasan untuk membuang kucing yang sakit di merata-tempat sebaliknya perkara itu sudah difikirkan sejak awal mereka membuat keputusan untuk memelihara haiwan tersebut.
Kalau tak mampu nak keluarkan duit, membiayai bil perubatan kenapa daripada awal sebelum sakit kita tak fikir benda tu.
Nabila berkata demikian ketika ditemui di sidang media Hikayat Bawah Putih Bawang Merah yang diadakan di Bandar Utama, pada Khamis.
‘Saya sendiri tak tahu tentang simptom yang Aoki’
Dalam pada itu, anak kepada penyanyi rock Amy Search ini memaklumkan bahawa perkongsiannya itu secara tidak langsung memberi pendedahan kepada orang ramai supaya mereka lebih peka terhadap simptom penyakit dihidapi haiwan peliharaan mereka.
Saya sendiri tak tahu tentang simptom yang Aoki tunjuk pada awalnya. Lepas dah cakap simptom dekat doktor, baru tahu Aoki ada penyakit buah pinggang kronik tahap 4.
Maknanya masa tahap satu tu saya tak tahu.
Sebelum itu, anak kepada penyanyi lagenda Amy Search sempat membawa haiwan peliharaanya ke klinik vaterinar untuk mendapatkan rawatan sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Menerusi satu lagi hantaran, suami kepada Nabila iaitu Mohd Izwan dilihat sedang menggali tanah untuk menanam bangkai haiwan berkenaan.
Terdahulu, Nabila memaklumkan kucingnya itu disahkan menghidap penyakit buah pinggang sebelum keadaan semakin memburuk hari demi hari. Katanya, haiwan berkenaan tiada harapan untuk sembuh.