berita

Nabila Huda Pasang Azam 2024 Untuk Tambah 2 Lagi Cahaya Mata – ‘Nak Ramai Anak, Kenapa Susah Sangat?’

December 9th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Nabila Huda

Pelakon terkenal Nabila Huda seakan tidak percaya bahawa usianya akan menginjak angka 4o pada tahun hadapan.

Artikel Berkaitan: Sebagai Jiran, Nabila Huda Dah Beri Kata-Kata Semangat Pada Kaka Azraff – ‘You Stronger Woman!’

Artikel Berkaitan: Nabila Huda Terima Ugutan, Didakwa Curi Budaya Indonesia – ‘Saya Akan Culik Anak Awak’

Tambah anak

Nabila Huda

Menerusi hantaran di platform X, Nabila berkata dia tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupannya di usia tersebut.

Dalam masa sama, aktres itu turut memasang azam untuk mengambil lebih banyak makanan sihat selain ingin menambah bilangan cahaya mata.

Akan masuk umur 40 tahun depan? Uish macam mana lah kehidupan lepas 40 ek? Mesti makin lupa-lupa skrip.

Sekarang pun baca skrip ulang-ulang 10 kali juga nak ingat. Teruk lah.

Saya rasa patut makan lebih banyak sayur dan buah. Okay itu azam 2025 dan saya mahu lebih ramai anak. Kenapa susah sangat eak.

Sementara itu, menerusi satu lagi siri hantaran pada entri sama, Nabila meluahkan hasrat untuk sekurang-kurangnya dikurniakan dua lagi cahaya mata.

Semoga saya dipanjangkan usia untuk merasa setidak-tidaknya dua orang anak lagi. Kalau tak dapat dua, satu pun jadi lah.

Setiap tahun orang bagi kek hari jadi, mereka akan suruh buat ucapan, ucapan saya nak anak!

Kalau ada empar kek, empat-empat itu saya ucap benda sama. Tapi belum ada rezeki.

Untuk info, Nabila pernah hamil sebanyak dua kali menerusi perkahwinan bersama Mohd Izwan yang dibina pada 2015. Bagaimanapun mengalami keguguran pada April 2019 dan Oktober 2020.

Terdahulu, Nabila dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila, 12, menerusi perkahwinan pertama dengan Zaidy Zailani pada 2008 sebelum bercerai selepas tiga tahun bersama.

Sumber: X

SKIP THIS AD ×