berita

Nabila Huda Teringin Sangat Nak Tambah Zuriat

July 21st, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sudah lama menantikan kehadiran cahaya mata, namun rezeki masih belum menyebelahi pelakon Nabila Huda. Menerusi perkongsian di Instagram, Nabila memaklumkan dia masih lagi mencuba untuk mendapatkan zuriat lagi walaupun telah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Artikel berkaitan : ‘I Kesian Dekat My Husband’ – Nabila Huda Keguguran Kali Kedua

Mengharap dikurniakan zuriat

Jelas Nabila Huda, dia masih berharap untuk dikurniakan zuriat dan menunggu setiap bulan untuk membuat ujian kehamilan, namun keputusannya masih lagi negatif. Namun dia tidak pernah hampa, malah reda dengan rezeki yang Allah SWT berikan kepadanya.

Ala kenapa susah sangat ni? Setiap bulan mesti i akan count days dan mengharap tapi mesti tak sangkut juga.

Kalau Dia tak bagi mesti bersebab. Mungkin bukan masanya lagi.

Jelasnya lagi, mungkin cara dia berpantang ketika keguguran kali kedua merupakan punca menyebabkan dia gagal untuk mengandung lagi.

I betul-betul tak tahu dan Abil menyesal sangat. Mungkin tu adalah satu punca kenapa tak boleh mengandung?

Enggan berfikir negatif

Walau bagaimanapun, Nabila enggan berfikir secara negatif dan mengambil keputusan untuk meluangkan lebih masa kepada dirinya.

Boleh kan walaupun kita dah lama gugur tapi kita nak ganti balik pantang tu? Masih tak terlambatkan? Mungkin ia boleh membantu untuk Abil mengandung lagi.

Ujarnya lagi, dia terlalu menginginkan zuriat yang ramai dan pada masa yang sama perlu berusaha dengan lebih ‘keras’ berikutan umurnya yang mencecah 40 tahun.

Memang nak kena usaha no matter what. Lagi 3 tahun dah nak masuk umur 40 ni. Untuk pengetahuan korang, IVF tak ada dalam list sebab Abil pernah melahirkan sebelum ni.

Luahan Nabila Huda

Sumber : kupu_kupu

SKIP THIS AD ×