berita

Nabila Huda Terkejut Bakal Disaman Isu Dakwaan Seleweng Bantuan Banjir – ‘Kenapa I Tak Dapat Call & Surat’

January 20th, 2022 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Di Instagram, pelakon, Nabila Huda memberitahu bahawa dia tidak tahu langsung mengenai isu saman yang dikenakan terhadapnya berikutan kes menuduh seorang wanita ‘mengambil’ bantuan mangsa banjir baru-baru ini.

Saya tak tahu

Menurut Nabila Huda, dia mengetahui isu tersebut sewaktu melakukan Instagram Live. Sebagai anak seni, Nabila meluahkan rasa terkejut dan pelik kerana dia sendiri tidak tahu mengenai isu saman tersebut sehinggalah diberitahu oleh para pengikutnya.

Mereka boleh terus hubungi saya, dm dekat Instagram ke, cari nombor ke. Kalau Nabila Huda hilang, amy search..? Kena peguam bagi statement dekat m*** Why she cari you guys dulu? Just imagine, saya di saman, tapi saya tak tahu. Saya tahu dari followers yang tengah tengok live saya. Macam mana keadaan ni. Confuse kejap.

Tambah Nabila, dia tidak tahu bagaimana kenyataan berhubung isu saman tersebut sudah keluar di media sedangkan, tiada sebarang surat diberikan kepadanya lagi.

You guys tahu my number kan? but asal i tak tahu langsung pasal statement ni? If yes, kenapa i tak dapat surat apa-apa? Kalau saya kena saman, kenapa dorang pergi dekat m*** dulu bagitahu? Kenapa dorang tak contact saya eh?

Didakwa sengaja menyalahgunakan media sosial

Terdahulu, Nabila dipercayai menuduh seorang wanita berlaku tidak amanah dan mengambil bantuan yang telah diletakkan di pusat pemindahan sementara mangsa banjir di Sungai Lui, Hulu Langat. Nabila juga didakwa telah menyalahgunakan media sosialnya sehingga reputasi wanita tersebut terjejas. Susulan daripada itu, wanita tersebut telah melantik peguam bagi meneliti tindakan yang sesuai diambil ke atas pengacara Melodi itu.

Sumber: Nabila Huda

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×