Meskipun pernah menjadi mangsa buli siber, penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menegaskan tidak akan sesekali berhenti menggunakan media sosial sebagai platform untuk menyebarkan kebaikan kepada ramai.

Artikel Berkaitan: Nabila Razali Menyesal Tanya Maksud Sebenar ‘Kacip’ – ‘Saya Memang Tidak Tahu’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Razali Tegur Netizen Yang Gemar Cari Salah Orang Lain – ‘Buat Baik Pun Kena Kecam?’

Pengaruh positif

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali, 33, berkata baginya ia adalah tidak wajar untuk menjadikan pengalaman dibuli sebagai alasan untuk tidak menyebarkan pengaruh positif.

Saya kurang kongsi tentang kehidupan peribadi saya di media sosial. Kalau saya kongsi itu bermaksud saya memang nak kongsi tetapi tidaklah kerap dan banyak.

Tapi kalau nak kata berhenti gunakan media sosial kerana orang buli, bagi saya itu bukan satu tindakan yang wajar.

Kata pelantun lagu Pematah Hati itu, sokongan baik yang diterima daripada para pengikutnya menjadi sumber semangat untuknya terus menyebarkan kebaikan.

Alhamdulillah saya ada pengikut yang sangat banyak.

Saya sepatutnya menggunakan untuk sebarkan tentang kesedaran positif supaya sesiapa yang follow ikut apa yang saya buat dan tidak melakukan perkara yang tidak baik kepada orang lain.

Benda tu sebenarnya bermula dari kita.

Terdahulu, Nabila mencuri perhatian apabila satu satu perkongsian miliknya mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet.

Nabila menjelaskan kenyataan sebelum ini tidak ditujukan kepada mana-mana individu.