Penyanyi, Nabila Razali tidak berkecil hati apabila lagunya dilabel sebagai ‘sampah’ oleh seorang pengguna media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Tak Beri Keizinan, Nabila Razali Tolak Tawaran Komersial Untuk Anak – ‘Saya Faham & Hormat Keputusan Dia’

Artikel Berkaitan: Nabila Razali Akui ‘Kaki Karaoke’ – ‘Tempat Nak Menjerit & Berangan Macam AJL… Boleh Nyanyi Lagu Ziana Zain’

Lagu dilabel sampah

Menerusi hantaran di Threads, Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd Razali, 33, berkata dia tidak berasa marah, namun mengingatkan orang ramai supaya berfikir terlebih dahulu sebelum menulis sesuatu.

Ada orang hantar screenshoot ini kepada saya. Saya tak marah cuma kadang-kadang terfikir tak semua perkara yang kita fikir itu betul.

Jadi sebelum buka mulut, sebelum menulis sesuatu kena fikir dahulu. Semudah itu label ‘lagu sampah’, tanpa fikir usaha dan penat lelah orang lain.

Apa pun, tahniah awak direzekikan dengan kerja sekarang, tak perlu hadap ‘road bullies’, tapi tanpa awak sedar awak juga membuli orang lain.

Dalam hantaran sama, Nabila turut berkongsi tangkap layar kenyataan yang dimuat naik oleh individu berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat menyarankan Nabila supaya tidak menghiraukan komen negatif tersebut demi menjaga emosi dan kesihatan mentalnya, sebaliknya terus memberikan tumpuan kepada kerjaya.

Sumber: Threads