berita

Nad Zainal & Hefny Sahad Akui Bercinta, Azwan Kombos Pasrah

June 5th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Fotor0605111414.jpg.

Alahai kesian pula dekat Azwan Kombos ni. Dahlah Nad Zainal putuskan hubungan menerusi rancangan hiburan, lepas tu dibiarkan terkontang-kanting tanpa alasan yang kukuh.

Masa baru berpisah dulu, Azwan pernah mengesyaki wujudnya orang ketiga. Tapi Nad dan Hefny selaku orang disyaki menafikan perkara tersebut.

Alih-alih sekarang ni Hefny dah keluarkan kenyataan bercinta dengan pelakon kecil molek tu dan disahkan oleh Nad sendiri. Hmm boleh tahan memeningkan kisah mereka ni.

red-carpet-7

Hefny mengaku mempunyai hubungan istimewa dengan Nad sewaktu ditemubual oleh rancangan hlive! pada Selasa lalu.

Dalam pada itu, Azwan pula mendedahkan dia pernah menasihati Nad supaya tidak melayan Hefny sewaktu pengacara tersebut cuba menguratnya di lokasi penggambaran.

Sebelum krisis hubungan kami berlaku, Nad ada beritahu saya tentang Hefny ada hantar mesej-mesej seolah-olah nak ‘try’ (mengurat) dia ketika mereka sama-sama terbabit dalam telefilem Mengintai Syurga Mama, terbitan Zeel Productions.

Saya sudah nasihatkan Nad supaya jangan layan jika dia tidak suka. Tak sangka pula akhirnya Nad berubah hati dan perkara tersebut menjadi punca hubungan kami berkecai. – mStar Online

Sementara itu, Nad pula tetap menegaskan putusnya hubungan dia dengan Azwan berpunca daripada masalah antara mereka sendiri dan bukannya kerana Hefny.

ylhjwN0

Tapi apa yang pasti, Nad gembira dengan pilihannya kali ini dan salah satu punca mengapa dia memilih Hefny adalah kerana lelaki itu bercita-cita tinggi.

Dialah lelaki paling rapat dan saya selesa. Apa yang diberitahu itulah sebenarnya. Tiada apa yang hendak ditambah. Saya gembira dan harap semuanya berjalan dengan lancar.

Paling utama dia seorang yang bijak. Dia juga matang dan bercita-cita tinggi. Kami juga mempunyai minat yang sama. – Kosmo!

SKIP THIS AD ×