berita

Nad Zainal Kahwini Ungku Ismail Kerana Kebijaksanaan – ‘Susah Nak Dapat Lelaki Begitu’

August 30th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Nad Zainal

Pelakon Nad Zainal mendedahkan kebijaksanaan yang dimiliki aktor Ungku Ismail merupakan salah satu faktor membuat dia jatuh hati dan ingin menjadikannya sebagai suami.

Artikel Berkaitan: Muat Naik Kata-Kata Buat Si Penggosip & Penyebar Fitnah, Ungku Ismail Perli Siapa?

Artikel Berkaitan: Nad Zainal Berang Peniaga Online Tuduh Rumah Tangga Goyang Untuk Lariskan Jualan

Bijak

Nad Zainal

Menurut Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, dia sememangnya mahukan seorang suami seperti Ungku yang serba serbi bijak terutama dalam hal menguruskan keluarga.

Kata Nad, untuk mencari lelaki yang memiliki sifat seperti Ungku adalah sukar.

Saya suka individu yang bijak, pandai bawa diri, seorang lelaki kenalah pandai dalam agama, dan menjaga solat, dia kena bijak, serba serbi bijak. Kalau nak bandingkan saya yang bijak ini, dia kena lagi bijak.

Saya dah bijak dah, dia kena lagi bijak daripada saya. Untuk jumpa lelaki yang bijak daripada saya, susah. Untuk saya hormat seseorang itu, menjadi ketua keluarga itu, susah nak dapat ciri-ciri lelaki begitu.

Selalunya ramai perempuan sekarang ini yang ambil alih tugas lelaki, mendominasi keluarga. Saya seorang wanita tradisional, jadi saya suka yang dominat, ada leadership.

Nad berkongsi mengenai perkara itu ketika menjawab pertanyaan peminat sewaktu melakukan sesi siaran langsung di TikTok miliknya baru-baru ini.

Selain kebijaksanaan, aktres berusia 34 tahun itu berkata dia juga terpikat dengan Ungku disebabkan sikapnya yang sentiasa mengutamakan ibu bapa.

Bagaimanapun jelas Nad, masih terlalu untuk dia menilai aktor itu memandangkan usia perkahwinan mereka belum mencecah setahun.

Dia ada kualiti-kualiti itu dan sangat penyayang, dia seorang suami, bapa dan anak yang baik. Itu sangat penting, carilah bakal suami yang mampu menyayangi keluarga anda, macam dia sayang parents sendiri.

Itu yang saya jumpa pada Ismail, kualiti-kualiti itu Alhamdulillah ada. Tapi nak cakap terlalu awal pun, macam memang terlalu awal. Sebab belum sampai setahun lagi.

Ada banyak lagi benda tak kenal. Selain itu, kita sekepala dan kita suka makan, berjalan. Carilah lelaki yang bijak, yang boleh melentur anda terutama awak ini yang jenis degil.

Untuk info, Nad mendirikan rumah tangga dengan aktor Ungku Ismail pada 23 Januari lalu dan kini menantikan kehadiran cahaya mata pertama mereka.

Sebelum ini, Nad pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq pada 19 Disember 2015 namun mengesahkan sudah bercerai pada sekitar September 2022.

Nad dan bekas suaminya itu mempunyai dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom yang kini berusia dua tahun.

SKIP THIS AD ×