
Perkongsian pelakon dan penyanyi, Kilafairy yang memberitahu imannya kini sedang bergolak dan mengakui sukar untuk istiqamah sehingga terdetik mahu menanggalkan tudung turut mendapat perhatian aktres, Nad Zainal.
Artikel Berkaitan: Kilafairy Terdetik Nak ‘Freehair’, Shera Aiyob Beri Nasihat – ‘Kalau Nak Buat Sesuatu, Fikir Allah Suka Ke Tak’
Artikel Berkaitan: ‘Godaan Buka Tudung Memang Kuat’ – Ika Nabila Faham Situasi Kilafairy, Titip Doa & Kata Semangat
‘Setiap orang struggle’

Percaya setiap wanita berhijab melalui fasa sama, Nad atau nama lengkap Farah Nadia Zainal Abidin, 35, berkata, dia ada berbual dengan Kila mengenai isu tersebut dan mendoakan sahabatnya itu kuat serta sabar mengharungi ujian.
Saya terkejut apabila dia muat naik perkongsian tersebut di Threads. Saya kawan dia dan tak mahu komen lebih.
Tetapi saya percaya semua orang ada masalah yang sama (susah istiqamah). Saya yakin setiap orang ada ‘struggle’ masing-masing, cumanya Kila seoarang selebriti dan dia muat naik perkara itu dapat perhatian ramai.
Saya ada cakap dengan Kila supaya sabar dan kuat kerana setiap wanita berhijab akan melalui tempoh itu. Saya tahu dia kuat dan mampu harungi ujian ini. Saya harap dia buat keputusan yang betul.
Nad berkongsi perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Ibu minat Kila

Dalam pada itu, Nad turut memaklumkan bahawa ibunya sangat meminati Kila atau nama lengkapnya Syakila Nisa Jahangir Khan.
Mak saya merupakan peminat Kila, mak pernah cakap dia suka tengok pelakon wajah seksi macam Kila. Mak selalu puji Kila dalam TV cakap cantik orangnya.
Tapi waktu itu saya masih tidak berkawan lagi dengan Kila. Tetapi selepas mengenali Kila dia adalah orang yang baik.






![[VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/IMG_6309.jpeg)
