berita

Nad Zainal Selamat Timang Anak Kedua

April 1st, 2021 | by Amat
Kini Trending

Pelakon berbakat besar iaitu Nad Zainal selamat menimang anak kedua pada hari Selasa lalu di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Bayi kedua pelakon ini dilahirkan pada jam 2.50 petang seberat 2.9 kilogram.

Nad Zainal turut berkongsikan momen indah itu di laman Instagramnya sebagai kenangan buat mereka sekeluarga. Comel sungguh anak Nad!

Belum kongsi jantina anak

Menerusi posting yang dikongsikan Nad, memuat naik video suaminya iaitu Faliq Amiruddin dan anak sulung Fahad Ibrahim memangku bayi yang baru dilahirkan itu. Pelakon Takdir Yang Tertulis itu turut tidak berkongsi info mengenai jantina bayi berkenaan sehingga tiba hari ketujuh kelahiran.

Sambut orang baru

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ??? ????? (@nad.zainal)

Difahamkan, Nad Zainal telah melahirkan anak kedua ini menggunakan kaedah pembedahan. Selain itu, dia juga telah berkongsi rasa gementar untuk menerima kelahiran anak kedua ini kerana akuinya sudah lama tidak berdepan dengan situasi tersebut. Terdahulu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakan dan keluarga yang telah mengirimkan hadiah kepadanya.

Sumber: Nad Zainal

SKIP THIS AD ×