
Pelakon Nad Zainal memilih untuk bersikap profesional walaupun dia dan suami, Ungku Ismail Aziz, berlakon di dalam sebuah drama yang sama.
Artikel Berkaitan: ‘Sibuk Belek Kuku, Kulit, Hidung Pempengaruh & Artis’ – Nad Zainal
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Buncit, Saya Mengandung’ – Nad Zainal
Profesional
Menurut pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin, sebaik sahaja kamera mula merakam, mereka berdua akan terus menumpukan perhatian sepenuhnya pada watak masing-masing.
Asyik gelak bila nak balik nanti? Orang dah bayar, kita main-main. Kasihan krew. Nak gelak-gelak sebelum masuk set.
Kalau on set, suami atau isteri kena all out.
Nad membuat kenyataan itu susulan dakwaan daripada warganet yang mengatakan dia dan suaminya mungkin bergelak ketawa selepas merakamkan sesebuah babak dalam drama terbaharu mereka.
Nad turut berkata bahawa ketika berada di set penggambaran, dia tidak mempunyai masa untuk bersantai kerana ingin menyiapkan kerja dengan cepat.
Saya rasa sebab itu juga kenapa kami kahwin. Kami jenis buat hal sendiri dan bila masuk set, tiada main-main.
Lagipun anak menanti di rumah. Ada satu hari kami bawa anak-anak di set dan mereka faham saya dan suami tengah kerja. Itu pun sejam saja.
Sumber: Threads